09 August 2010

Hikayat Mubodo – Cepter 1.08

BERHENTIIII!!!!!

JANGANNNN LARRIIIIIIII!!!!!!

Ada ker orang jahat atau pon orang yang dalam ketakutan cam aku nih akan berenti apabila di arahkan oleh polis?

Apa tujuan agaknya kata2 itu di jeritkan?

Sebagai amaran? Tunggu kat situ. Tunggu la kami yang nak tangkap kamu nih.

Aku tak tunggu lagi.

Ku angkatkan kaki lalu mendemonstrasi langkah seribu, memecut melalui celah2 kotak yang tersusun kat dalam kilang.

Mula2 aku menghala ke kiri, kotak untuk meja computer menghalang aku. Pastu ke kanan, kotak penuh berisi kayu2 bingkai katil di depan.

Lurus.

Kendian konar kiri lagi, laluan aku terhalang dek kotak di isi meja kopi.

Lurus lagi, ambik kanan lagi sekali.

Kilang nih memang gila. Dah lama aku perasan susunan hasil2 kilang perabot nih cam maze. Tak sangka pulak akhirnya ia menyusahkan aku yang tengah ciput berlari cam tikus yang sedang di kejar kucing.

Aku angkatkan sikit kepala aku apabila ternampak sinar matahari yang menerobos masuk melalui pintu.

Ya. Pintu utama. Aku dah makin hampir.

Ekor mata aku mengerling sekilas, aku nampak kelibat 2 manusia yang tengah mengejar. Argghhh lajunya mereka.

Kali ni aku ambik kiri dan terus berlari lurus. Ya ya lurus terakhir, aku dah betul2 hampir ke arah jalan keluar. Segenap tenaga aku perah.

Usain Bolt pon gigit jari kalau dia nampak aku masa nih.

Pintu keluar masuk utama untuk pekerja2 kat situ. Pintu kaca.

Aku tau dengan sekali tolak jer mesti terbuka pintu tu. Bingkai sebelah kiri untuk keluar dan kanan untuk masuk.

Keluar ikut pintu tu ada sebatang sungai kat tepi kilang, sebelah kiri. Aku tak kira, aku nak terjun. Itu jer peluang aku nak melepaskan diri.

BBBBEEEERRRRHHHENNNNTTTTIIIIIIII!!!!!!

Lagi sekali arahan yang tak logik tu di jeritkan.

NANTI KAMI TEMMMMMBBBBAAAKKKKKK!!!!!!

Hah! Tembak?

Apa salah aku sampai nak di tembak. Aku rasa nak nangis.

Sikit lagi, sikit lagi.

Yearrrghhhhh aku menolak pintu sebelah kiri tu tapi....tapi...

Tapi pintu tu tak terbuka. Malungun mana pulak yang kunci!!!!

Aku tolak pulak pintu yang sebelah kanan. Kunci jugakkkkk!!!!

Aku panik. Nak pusing keluar ikut belakang aku rasa memang tak sempat.

Aku menggegarkan pintu keluar tu ngan kedua2 tangan. Ku goncang sekuat hati!!!

Tak berdegih. Tak terbuka.

"Borhan!" kedua2 anggota polis tersebut tiba2 dah berada di belakang aku. Lajunya mereka, cam supersonik.

"Mohd Borhan Bin Dolah!"

Aku terperangkap.

"Mubodo!" serentak keduanya memanggil aku sambil di iringi tawa kecil.

Aku berenti menggegarkan pintu kaca tu. Terkejut.

Ketawa tu...ketawa tu cam pernah aku dengar.

Spontan aku memusingkan badan.

Mata aku menyoroti kedua2 wajah yang nak tangkap aku. Wajah yang aku rasa aku cam. Wajah yang dah bertukar seiring ngan usia, tapi tetap wajah yang sama.

HAH!

"Hallo brader. Long time no see.."

Mata aku terbeliak, sementara kedua2 mereka tersenyum menyengih.

HAH!

Aku menggosokkan mata tak percaya.

HAH!

Kamal?

HAH!

Hamid?

HAH?! KAMAL NGAN HAMID!!!

Kedua2 malaon yang pernah kenakan aku masa kat sekolah skang dah jadi polis?!

Polis yang nak tangkap aku!

Tak adil tak adil...

Dunia memang tak adil.


...to be continued

07 August 2010

Hikayat Mubodo – Cepter 1.07

"Lu ala lipot apa?" mata Mr Chia tiba2 terbeliak. Dia cam teringatkan sesuatu.

Nada suaranya keras tapi di perlahankan.

Aku memandang penuh terpinga.

Tok, tok, tok...

Mr Chia kendian mengalih pandangannya pada En Karim sambil menolak sedikit kerusinya untuk bergerak keluar dari belakang meja.

Terkocoh2 dia melangkah ke arah En Karim.

Aku peratikan muka cina berbadan gemuk tersebut. Berpeluh.

Aku, Mr Chia dan En Karim tengah aktif mengeluarkan peluh walau pon air cond dalam bilik tesebut terpasang kuat.

Mr Chia yang aku rasa dalam lingkungan pertengahan 50-an tu cam takut sangat. Pehal ntah.

Bukan ker polis tu tengah cari aku? Naper dia cemas?

Dia kendian menghampiri En Karim dan membisikkan sesuatu. Aku tengok mata En Karim kejap pandang aku, kejap mengangguk2.

Tok! Tok! Tok!...

Ketukan kat pintu bilik kali ini makin di kuatkan.

Mr Chia memberi arahan terakhir kat En Karim. Pandangannya di alih sekilas ke arah aku, ke dua2nya kendian bertentang mata seolah2 sepakat memahami sesuatu.

Dia kendian pantas ke arah pintu, memusing tombolnya dan melangkah keluar.

Bayang2 gemuk Mr Chia kelihatan menghampiri kedua2 tetamu yang mengetuk pintu biliknya. Mereka kelihatannya sedang berkata2 sesuatu.

Aku tak dapat mendengar butir bicaranya tapi gerak tangan Mr Chia aku lihat cam menunjukkan arah stor. Tempat aku di tugaskan bekerja.

Di dahului bayang2 Mr Chia aku nampak ke tiga2 mereka kendiannya bergerak menuju ke sana.

Fuh! Jantung aku kembali berdegup. Aku melepaskan nafas panjang.

"Apa kau dah buat?" tiba2 suara En Karim kedengaran. Tak teringat aku yang dia masih ada kat situ.

En Karim kendiannya menarik sebuah kerusi kat depan meja Mr Chia lalu duduk.

Aku di biarkan tercegat.

Sambil menunding jarinya tepat kat aku En Karim menyambung.

"Skang camni bahalol. Kau takde banyak masa, tadi boss bagi arahan kat aku suruh kau berambus"

"Dia mintak kau berambus sebelum polis tu datang balik"

"Aku tak tau naper polis tu cari kau. Mr Chia pon tak mahu tau. Dia mintak kau berambus dan jangan datang balik."

"Dia skang nih tengah melengah2kan polis tu jadi aku harap kau berambus skang jugak!"

Aku tergamam. Tadi nak suruh aku kena tangkap, skang nak aku lari pulak.

Apa pulak rahsia yang nak di sembunyikan kat kilang perabut nih?

Mana ada aku repot apa2.

Aku makin keliru, tapi ni la peluang aku kalau aku nak lari.

Aku tau aku takde buat salah apa2 tapi aku jugak tau takde saper2 nak membela aku kalau aku kena niaya.

"Hah! Tunggu apa lagi?!" En Karim menggesa aku.

Aku memandang tepat mata En Karim. Apa agaknya rahsia yang menakutkan Mr Chia dan dia.

Aku tau ada ramai mat bangla yang kerja kat kilang perabot ni. Semua pekerja2 kat situ tahu. Ker mereka takde permit?

Aku jugak tau yang Mr Chia kengkadang main judi kat situ ngan member2 dia bila tiba hujung minggu. Judi haram. Tapi itu biasalah, dah lama aku tau.

"BERAMBUS LA BANGANGGG!" En Karim tiba2 bingkas bangun menarik tangan aku dan mengheret aku keluar.

Sampai keluar En Karim pantas menolak aku ke arah pintu utama dan dia menuju ke arah sebaliknya.

Aku mula melangkah laju tanpa memandang kiri kanan.

Langkah aku bertukar ke lari2 anak dan ketika aku dah sedia nak memecut kedengaran suara kuat En Karim.

SINI!SINI! DIA ADA KAT SINI. DIA NAK LARI NIH! CEPATTT!!!!

Aku memusingkan kepala aku memandang En Karim,

Dia kelihatannya tengah menjerit sambil melompat2 cam orang gila!

...dan di belakangnya aku dapat lihat kelibat dua anggota polis tersebut sedang berlari laju ke arah aku.

Cilakak! En Karim berpakat ngan boss nak kenakan aku rupa2nya.

BERHENTI!!!!JANGAN LARIII!!!!

Mati la aku kali nih.


...to be continued