Manusia kebanyakannya telah di programkan untuk menjadi robot. Sebab itu aku rasa ada citer pasal Cyborg. Cybernetics Organism. Separuh orang separuh mesin.
Mungkin korang tak rasa begitu atau mungkin korang belum sedar ataupun mungkin aku jer yang bengong. Teruskan membaca untuk menyelami kebengongan aku ni. Kalau aku bengong laaa...
Apa yang kita akan buat pada hari Isnin nih? Kita dah boleh buat anggarannya walaupun kita menangguhkan dari memikirkannya buat sementara waktu.
Rutin kita.
Kita ada satu jadual yang ntah datang dari mana. Jadual longgar yang terpaksa kita ikuti demi untuk hidup. Ada antara tugasan jadual tersebut yang lari sedikit sebanyak di sini sana tapi secara keseluruhannya kita masih mematuhinya. Cam mainframe dalam robot.
Kerja.
Semua orang dewasa kena kerja. Kalau tak kerja alamat merana. Tak merasa la kita aper2 benda yang orang lain ada. Lebih teruk lagi kita di pandang hina.
Saper yang mengilhamkan kerja? Maksud aku saper yang mula2 menentukan haaa engkau kena buat itu buat ini pastu baru boleh makan. Boleh hidup. Saper yang cipta tu yek? Takkan tiba2 pada suatu masa dahulu semua orang lahir2 jer dah tahu pasal kerja. Kerja ataupun...mati.
Orang yang lebih cerdik ataupun orang yang lebih kuat yang di nasihati orang yang lebih cerdik. Aku rasa golongan ni la yang mula2 mencipta perlakuan yang dinamakan K.E.R.J.A. Kerja.
Orang2 camni dah sedar daripada awal lagi yang manusia ni ada yang lembam sikit bila dibandingkan dengan dia orang. Mereka sedar manusia ni ada gen bodoh. gen nafsu. gen tenaga yang boleh dimanupulasikan. Hah! Gen. Tak ker cam robot tu. Dalam robot ada cip. Cip yang telah di programkan untuk mengikut arahan tuannya.
Fikir betul2. Kita kerja dari pagi sampai petang dan ada yang sampai malam buta baru balik rumah. Bagi yang kerja syif aturannya mungkin terbalik.
Kaya ker kita? Bahagia sangat ker? Puas sangat ker? Majoritinya memang keciciran.
Kasta.
Zaman demokrasi ni memang takde kasta yang berbentuk feudal totok tetapi jangan tersilap. Ianya telah di rebranding secara halus.
Kita kerja dari jam ker jam, sehari ker sehari, minggu ker minggu, bulan berganti tahun tetapi berapa ramai yang betul2 mengawal perjalanan hidup mereka secara total?
Kita nampak mereka2 yang mengatur semua ni dan kita seolah2 tak dapat berbuat apa2.
Mereka2 yang berkuasa ni la yang mengatur tata kehidupan kita. The Masters. Kita rasa kita merdeka tetapi kita sebenarnya hamba. Robot hamba untuk meneruskan kelangsungan kuasa mereka.
Masters2 ni hebat. Mereka ni ada jaringan robot2 pengawal yang dianugerahkan habuan masing2 untuk mengawalselia kita. Secara fizikal atau pun mental.
Kenapa kita perlu bersaing antara satu sama lain sehingga ada yang keciciran, kelaparan, kesakitan ataupun menderita? Kenapa kita tak menghentikannya? Kita dah tak berapa kesah sebenarnya. Janji kita selamat. Hah! Satu lagi sifat robot. Tiada perikemanusiaan. Bukan secara total la. Kitakan robot manusia.
Sistem2 juga di cipta oleh Master2 ni untuk mengelirukan kita.
Sistem keturunan. Keturunan mereka lebih mulia daripada kita. Walaupun mereka takder pun datang rumah kita tiap2 bulan bagi kita duit kita tetap kena hormat mereka. Logik ker? Logik la sebab kita robot yang dah dimandulkan akalnya. Kita tak di benarkan mengaktifkan apa yang kita fikir. Cam robot.
Sistem ketakutan. Kita dimomokkan dengan pelbagai2 benda. Mati, penjara, hantu, tangkap, bunuh malah ada antara Master2 ni yang menggunakan ketakutan terhadap neraka untuk mengawal kita. Master dalam bidang dinamakan keagamaan. Ada yang kelihatannya amat pasti bahawa kita akan masuk neraka kalau kita tak buat itu tak buat ini. Bukan ker syurga neraka tu urusan Allah?
Mereka2 ni jarang nak cerita pasal syurga. Cara2 nak masuk syurga seolah2 di pinggirkan. Bukankan lebih elok kalau kita digalakkan mengejar masuk syurga daripada di takutkan dengan neraka. Bukankan itu lebih positif? Semua tu bersebab sebenarnya. Sebab banyak tatacara2 dunia ni terpaksa di tukar kalau kita pakat ramai2 nak masuk syurga dan mereka akan kehilangan kuasa dan keselesaan. Mereka juga ada master yang lebih berkuasa.
Fikir dalam2. Orang yang betul2 kaya. Bukan kaya sikit2 tapi kaya banyoookkk. Harta tak habis sampai 7,8 keturunan. Keturunan mereka2 ni akan di bekalkan dengan bekalan terpenting. Pendidikan terbaik. Ibarat kata software dan hardware terbaik. Cam robot kan? Kan, kan?
Dan sistem yang maha hebat master2 ni berjaya cipta...
Sistem pendidikan.
Sistem yang mengharu birukan hidup kebanyakan manusia sebab biasanya apa yang di ajar selalunya tak sama dengan apa yang ada di luar sana. Berapa banyak kita kena tipu dari darjah satu sampai habis sekolah? Master2 ni sebenarnya tak kesah. Mereka perlu memanupulasi kita ketika kita paling vulnerable. Semasa kita tak tau aper2.
Kita sebagai manusia mengetahui yang setiap insan di kurniakan tuhan bakat yang berbeza2. Sifat yang berbeza2. Corak akal yang berbeza2 untuk melengkapkan antara satu sama lain tetapi apa yang di pentingkan sistem pendidikan? Sijil. Sebab sijil adalah cara yang paling mudah untuk mengkastakan manusia.
Kau ada sijil kau masuk grup A. Kau takpas SPM kau dalam grup D. Betul ker camtu? Kenapa sistem pendidikan tak memanfaatkan bakat2 yang ada. Pelbagaikan. Sebab kau pandai menghafal kau best. Sebab kau pandai Math kau ada masa depan cemerlang. Hahaha. Abih orang lain yang dikurniakan bakat lebih kepada kemahiran camner? Pandai2 dia orang la...
Kenapa kita tak boleh hidup simple? Bekerjasama antara satu sama lain. Bak kata llirik agu nyanyian Siti, "Yang tiada di bantu yang lemah di lindungi" .
Kenapa kita, dalam mengejar cita2 terlalu obses dengan material hingga membelakangkan spiritual?
Kenapa kita, apabila membuat sesuatu sentiasa mengimpikan imbuhan? Melebihkan imbuhan daripada kemanusiaan?
Kenapa kita sentiasa bercorak sama? Corak yang kita sendiri tak berdaya mengubahnya.
Corak yang menelan kita. Kemudiannya memuntahkan kita.
Kerana...
Kita adalah Cyborgs yang telah di programkan.
Kerana Master2 kita ingin kekal menjadi master
Dan apabila mereka mati mereka ingin anak2 mereka pula menaiki takhta.