18 June 2010

Tweaking

In the process of tweaking...so bare with me.

Or is it bear with me? Hmmm...(sambil mengetuk2 jari telunjuk ke bibir)

06 June 2010

Subsidi


Malaysia akan bankrap 2019.

Bukan aku yang kata. Datuk Seri Idris Jala laaa yang kata.

Mengikut dia lagi hutang negara kita nih dah mencecah 54% dari KDNK. Jadi kalau kita teruskan lagi cara kita berbelanja skang nih, datang 2019 hutang kita akan mencecah 100% dari KDNK negara kita nih. Kita masa tu takde duit nak bayar hutang.

Tapi dia tak terang lah pulak hutang tu datang dari mana, saper yang buat hutang tu, hutang tu untuk apa dan dah berapa kali kita buat hutang tu.

Cuma dia bagi solution. Potong subsidi.

Itulah solution dari seorang menteri yang bukan di lantik melalui pilihanraya. Seorang senator. Seorang bekas CEO.

Aku mula2 ingat dia nih orang Melayu beragama Islam tapi rupa2nya dia dari suku puak Kelabit, berasal dari Sarawak. Jangan salah paham, aku tak maksudkan apa2. Rupa dan nama dia sekilas pandang memang cam Melayu. Itu jer.

Dia bagi amaran Malaysia jangan jadi cam Greece. Apahal pulak ngan Greece tu sampai jadi camtu pon dia tak teranglah.

Greece negara yang jatuh bankrap. Kita boleh jadi camtu dia gertak.

Hapuskan subsidi dan kita akan dapat menjimatkan RM103 bilion dalam masa 5 tahun nih. Kita takkan bankrap. Yay...gembiranya aku, kaya la nanti aku.

Samada dia pernah duduk kat Greece. Rasa perasaan orang Greece. Tahu situasi sebetul sebenar kat Greece aku benar2 musykil.

Mungkin dia pernah cakap ngan orang Greece kut. Orang miskin Greece yang kais pagi makan petang. Orang Greece yang gajinya takat cukup2 jer ataupun orang Greece yang idup kat kampung2.

Cuma dia cakap memang penuh konfiden. Seolah2 subsidi jer la punca kita melarat.

Mungkin sebab dia bekas pengarah eksekutif syarikat korporat dia rasa tak bertanggungjawab nak ambik tau ke poket saper peginya duit Malaysia yang berbilion2. Dia cuma memikirkan cara bagaimana nak selamatkan duit. Selamatkan duit untuk saper, aku ragu2.

Sebab dia masuk ikut pintu belakang maka dia rasa tak perlu lah dia pikir pasal masalah untuk meraih undi. Dia jujur citer mende sebetul sebenar yang berlaku. Ataupun mungkin dia berasal dari planet lain.

Camner ngan pembaziran? Camner ngan rasuah? Kronisma? Nepotisma? You rub my back I rub yours.

Camner ngan pemimpin2 kita yang idup mewah melampau2?

Camner ngan pengurusan duit oleh kerajaan kita? Camner dengan kontrak2 yang di swastakan? Camner dengan penyamun2 yang belasah hasil milik negara? Biarkan sajer?

Camner ngan tanggungjawab sebuah kerajaan yang memerintah ke atas rakyatnya?

Camner ngan pemimpin2 yang bodoh bangang? Camner ngan pemimpin2 yang membuat keputusan yang merugikan negara. Merugikan kita?

Camner ngan aset2 negara yang telah di swastakan? Merugikan rakyat atau menguntungkan rakyat? Kalau merugikan naper di swastakan? Kalau menguntungkan kenapa rakyat tak merasa?

Kalau rugi naikkan tarif. Rakyat tanggung.

Kalau untung? Kami yang punya. Pemegang saham yang punya. Tarif tak perlu turun. Naikkan lagi kalau boleh. Kononnya CEO yang bijak. BOD yang hebat. Boleh la di luluskan kenaikan pangkat, gaji dan bonus untuk diri sendiri. Perniagaan yang di berasaskan monopoli boleh la camtu. Perniagaan yang sampai bila2 pon takkan rugi.

Kenapa tak di naikkan cukai korporat2, konglomerat2? Yang duk umum berita pasal syarikat2 untung ratus2 juta. Bilion2. Pegi mana duit tu? Untuk pemegang saham jer ker duit tu?

Abih aku yang idup makan gaji nih camner? Dah la belanja cukup2 jer skang nih. Kadang2 tak cukup nak mengabih sampai hujung bulan. Camner? Biarkan saja?

Kau cukai aku sana. Kau cukai aku sini. Barang itu barang ini. Kau wajib pulak aku mencarum itu ini biar lagi sikit gaji aku wat balik rumah. Pastu ujung tahun kau suruh aku declare income, kau nak ambik lagi...

Tarik la dulu kemudahan2 untuk menteri2, MP2, Adun, pemimpin2 yang tak kira lah dilantik atau pon di warisi. Kurangkan dulu belanja ke atas mereka2 nih baru bukak citer pasal subsidi.

Tunjukkan pada aku yang kau serius menangani rasuah. Kau tak pilih2 bulu nak dakwa. Kau jangan sebok nak nangkap bilis jer.

Tunjukkan aku kau kerajaan yang cekap. Cekap berbelanja. Cekap membayar hutang. Cekap mengawal perbelanjaan.

Cam tu la baru namanya pemimpin. Namanya menteri. Takkan nak sebok main wayang jer. Main politik sampai lupa harapan yang di letakkan pengundi2.

Aku rasa skang nih cam di tindas, di aniayai oleh kerajaan sendiri. Pemimpin2 aku sendiri. Ketua2 aku sendiri.

Aku rasa cam di asak dari segenap penjuru. Aku rasa kalau nak idup zaman kerajaan nih, aku terpaksa gali lubang tutup lubang. Berhutang sampai ke tua.

Aku rasa aku terhimpit. Aku rasa lemas.

Aku rasa nak ajar mereka. Aku rasa nak ajar bangsawan2 kat negara kita nih yang dah terlalu lama di buai mimpi sampai lupakan aku yang di bawah nih.

Aku rasa tak puas hati. Aku pikir takkan model kehidupan nih jer yang kita ada.

Aku pikir kena ada alternatif yang baru. Aku rasa wajib ada alternatif yang baru.

Aku rasa kita ada kuasa tersebut.

Aku batalkan cadangan aku tak nak gi ngundi pilihanraya akan datang.

Aku akan tunaikan tugas aku sebagai sorang rakyat yang bertanggungjawab ke atas negaranya. Tugas aku sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab kepada manusia lain.

Korang camner?

Setuju?

Tepuk dada tanya selera.


03 June 2010

Sakit gigi - The real end


Baliklah aku buat kali ke dua ke opis aku. Kecewa2.

Aku pon menyeberang jalan menuju opis. Lupa lak nak bagitau yang klinik gigi tu seberang jalan. 4 lane aku kena cross baru sampai.

Kali ini aku tak bercadang naik opis. Kat sebelah opis aku tu ada 7-E jadi aku ingat nak belasah roti kat situ jer.

Beli la aku roti yang ada jem tu. Pikir2 balik ngapa la aku ikut sangat arahan doktor nih, dia bukan tau aku dah makan ker belum.

Mungkin aku dah berjaya di program untuk percayakan golongan profesional. Mungkin aku kecut nak cabut gigi sampai kepala otak jadi benak.

Duk lah aku kat situ bedal roti jem harga 60c. Aku makan cepat2. Aku nak selesaikan urusan nih secepat mungkin. Pas makan aku isap rokok sebatang.

Tiba2 aku teringat lah pulak. Kena kumur mulut, nanti nak jumpa doktor tu takdela sisa2 makanan terlekat kat celah2 gusi.

Hish...naik la jugak aku kat opis. Naik nak berkumur sebab takut doktor marah. Hahaha aku akui ada juga masa2 tertentu aku jadi bodoh.

Naik kat opis banyak lah soalan2 yang di tanya. Aku dah agak dah, sebab tu aku mula2nya tak naik.

Selesai berkumur, pastu jawab soalan2 lebih2 kurang aku menapak balik ke klinik. Sebelum tu aku nyalakan lagi sebatang rokok. Ambik semangat beb.

Sampai semula kat situ aku di arahkan terus ke bilik hebat tu. Segala alatan2 dah tersedia, samada dia buat yang lain ataupun dia hangatkan balik jer yang tadi aku pon tak tahu.

Doktor tu ada kat bilik sebelah. Ada patient lain.

Sambil2 aku nunggu tu aku duk dengar lah komunikasi dia ngan pembantu dia. Cam tadi jugak kurang mesra.

Masa budak pompuan tu masuk kat bilik aku tengah lepak tu aku sengih. Dia pon cam tahu aku asyik duk memerhati.

Tak semena2 aku dapat information dari dia yang doktor tu tak kawin lagi. Perlu ker aku di berikan maklumat tu? Wallahualam...

Kendian masuk member dia yang sorang lagi. Makin rancak la cerita tapi dia orang cakap slow2, takut doktor dengar.

Aku buat2 sengih jer. Buat2 cam paham. Aku ada masalah lain la. Aparaaa...

Tiba2 doktor tu terpancul. Sambil menghampiri aku tu dia memberi arahan kepada kedua2 pekerja dia. Satu di arah tinggal kat situ, satu lagi ntah dia suruh buat apa.

Rewind balik la adegan tadi. Adegan masa mula2 gigi aku hampir di cabut tapi tak jadi sebab aku di arahkan makan sepotong roti.

Cabut lah doktor. I relaaa...

Ntah macam mana ntah dia tanya pulak aku satu lagi soalan cepumas. Lepas dia tanya aku dah makan ke belum dan aku jawab sudah (jawapan penuh konfiden) dia tanya ada tak aku makan apa2 ubat pagi nih.

Aku tanpa pikir panjang jawab ada. Aku bagitau yang aku sakit gigi sampai demam, pastu pagi tadi aku ada makan panadol.

Alamak! Lagi sekali sang doktor mengundur.

"Tak boleh tak boleh, kalau demam tak boleh cabut gigi"

Aku cakap aku bukan demam mana pun. Aku demam sebab sakit gigi. Bukan ada aper pon.

Dia tak setuju. Dia tak setuju.

DIA TAK SETUJUUUU!!!!!

"Mana ada orang demam sebab sakit gigi. Demam2, sakit gigi sakit gigi. Mana sama."

Ikut mu lah doktor. Tak kuasa dah aku.

AKU TAK KUASA DAHHHHHHH!!!!!!!

Operation aborted. Cancelled. Rejected.

HAHAHA tak sangka susah sungguh nak cabut gigi.

Dia pon bagi aku ubat sakit gigi ngan antibiotik.

Aku di arahkan makan antibiotik tu sampai abis. Dah baik demam (walaupun aku tak berapa nak demam dah) baru datang balik. At least 2, 3 hari lagi.

Lepas bayar bil RM35 aku pon chow. Tak sampai jugak hajat aku. Ntah bila pulak aku nak datang aku pon tak tau. Ingat senang ker aku kumpul segenap keberanian aku nak datang?

Aku dah kena pukulan K.O.

TING!TING!TING!TING!TING!TING!TING!TING!

GAME OVER.


*Nota kaki :-
Seminggu kemudian baru aku pegi balik klinik tu, dan akhirnya gigi geraham aku tu di cabut.