30 July 2010

Si kucing2 korup

"Power corrupts. Absolute power corrupts absolutely"

Penah dengar istilah ni?

Kuasa boleh mengkorupkan seseorang. Kuasa aper2 pon samada kecik atau pon besar.

Tak kira la kau pencacai kat tepi jalan ker atau pon kau si pemimpin agong terulung di puncak mahligai ker kalau kau menggunakan atau pon menyalahgunakan kuasa kau untuk kepentingan sendiri maka kau di kira korup.

Korupsi adalah satu bentuk kejahatan yang ujud dalam diri manusia. Satu bentuk godaan yang hebat kepada manusia.

Satu tabiat yang boleh menganiayai manusia lain.

Korupsi boleh menjahanamkan. Merendahkan martabat. Menjatuhkan maruah.

Memesongkan agama. Meruntuhkan negara.

Ada korang nampak korupsi yang berlaku kat keliling korang, secara kecil2an atau pon pada skala besar2an. Ada perasan?

Ada tak rasa cam aku. Sesak napas.

Kuasa memang menjadi impian manusia. Kuasa dan kekayaaan.

Dan bila kedua2nya bergabung maka yang berada di bawah cam aku ni akan kehilangan hak. Hak untuk menggunakan akal. Hak untuk menyuarakan sesuatu. Hak untuk berperasaan.

Hak yang berkuasa akan lebih di puja. Lebih di setujui. Di sokong. Di angkat.

Maka segala tindakan seolah2 di halalkan. Yang betul akan jadi salah dan yang salah akan terbalik menjadi betul.

Itu yang payahnya...

Apabila yang berkuasa lebih suka menguasai dari mengasihi insan lain maka korupsi menjadi anutan dan akhirnya ia akan menjadi ikutan.

Bagi aku korupsi perlu di hapuskan. Ia barah yang memakan kita sedikit demi sedikit. Penyakit yang akan menghancurkan kita, anak2 kita, cucu cicit kita, generasi akan datang kita.

Dunia ni hanyalah pinjaman untuk kita. Untuk kita jaga dan belai.

Apabila tiba masanya nanti kita akan meninggalkan dunia ini.

Kita takkan hidup selama2nya. Apabila tiba masanya nanti kita akan menyerahkannya pada insan2 lain selepas kita.

Baguskah dunia yang ingin kita wariskan ni skang? Elokkah keadaan dunia ni skang? Bolehkah kita serahkan dunia dalam keadaan yang kita diami skang untuk mereka? Adilkah buat mereka?

AKU RASA TAK BOLEHHHHHH!!! AKU RASA TAK PATUTTTTTT!!!

Aku rasa banyak masalah yang berlaku skang ni berpunca daripada si kucing2 korup.

Banyak keadilan yang tak tertegak di sebabkan tingkah laku si kucing2 korup.

Kat sini. Kat ruang angkasa maya ni aku nak declarekan perasaan aku.

Aku nak bagi tau!

Aku bencikan orang yang korup. Aku bencikan orang yang bersengkongkol dengan si kucing2 korup!

Kucing2 yang berselindung di sebalik kurap kuasa. Kurap yang berkerutup menutup hak manusia lain untuk hidup dan terus hidup.

Aku nak korang tau!

Bagi aku tak kira la korang melayu ker. Korang cina ker. Korang india ker atau pon apa jenis bangsa pon korang kalau korup korang patut mendapat hukuman.

Tak kira la kalau ianya menguntungkan melayu ker, cina ker, india ker atau pon menguntungkan apa jenis bangsa pon kalau korup kau patut mendapat balasan.

Tak kira la kalau ianya merugikan melayu ker, cina ker, india ker atau pon merugikan apa jenis bangsa skali pon kalau korup kau patut mendapat pengadilan.

Kalau pon kita tak dapat menyahkan si kocing2 korup nih aku harap sekurang2nya kita dapat mengawal selia kebersihan mereka. Menjaga kelakuan mereka. Memberi peringatan keras kepada mereka.

Percaya la cakap aku ni...

Janganlah terpengaruh ngan dakyah2 politik perkauman, tipu helah kedaulatan, muslihat2 pengiktirafan atau pon putar belit keistimewaan.

Tolonglah jangan terpedayaaa...

Korupsi akan menjahamkan kita dan jika di biarkan ia akan menjahanamkan warisan kita.

Warisan yang akan meneruskan kehidupan setelah ketiadaan kita.

Warisan yang akan memiliki tinggalan kita.

Mewarisi anutan si kucing2 korup yang di dukungi oleh kita.

Yang bakal menerima bala...

... dari tuhan yang esa.


 

26 July 2010

Hikayat Mubodo – Cepter 1.06

" Meh ikut aku la bengap!" jerkah En Karim melihat aku yang masih tercegat.

Pelan2 aku follow dia.

Keluar ikut pintu aku di arahkannya menuju ke arah bilik bos.

Lebih kurang 5 langkah nak sampai kat pintu bilik bos, si tua bersuara.

"Skang kau pegi jumpa bos, dia ada kat dalam tu. Dia nak jumpa kau"

Boss nak jumpa aku?

"Hahaha mati lah kau pasni. Ada polis cari kau!"

Hah! Polis cari aku?

"Ha bengap, tadi ada 2 orang polis mari cari kau. Boss suruh aku panggil kau. Mampus la kau!"

"Pe..pe..pesal ni En Karim? Sa...sa..saya tak ada wat sssa..sa salah pon" aku cuba berdebar.

"Mana aku tau kau ada wat salah ker tak bodo, yang aku tau kau memang bodoh jadi ada kemungkinan kau dah buat mende bodo"

"Ya tak, Mubodoooo?!!!" HAHAHA. En Karim gembira melihat aku.

Aku berenti menapak. Aku gabra.

"CEPAAAATTTTT!" En Karim menarik tangan aku.

Aku yang tengah tergamam tu tak dapat wat apa2. Aku terkejut di tarik En Karim.

Sampai depan bilik En Karim mengetuk pintu. Tangannya tak melepaskan lengan aku.

Aku memandang muka En Karim. Mulutnya menguntum senyum mengena. Cam aku dah konpem buat salah dan dia berjaya mengheret aku sampai kat situ.

"Masuk" kedengaran suara boss, Mr Chia.

En Karim membuka pintu sambil menarik aku masuk.

"Boss, ini tadi orang yang boss suruh cari. Saya sudah jumpa dia boss. Dia cuba lari tapi saya sudah tangkap!"

"Ini olang? Ini kulus punya olang itut polis cali?"

"Ya la boss. Ini orang la"

"Butut ka Kalim, lu yangan main2. Ini olang kulus killing mana ada polis mau cali. Itu polis talak cakap ini kes isap lalah. Lia cakap ini kes busat punya. Ilup atau mati punya celita"

"Ya boss ini lah orangnya"

Mr Chia yang berpelat cina cam tak percaya aku yang polis cari.

"Butut2 la Kalim, nanti lu salah olang macamana. Nanti itu polis ingat saya main2"

"Ya boss. Ini olang la. Mubolooooo la" En Karim spontan berpelat cina.

"Apa?! Apa lu cakap?! "

"Lu cakap saya bolo?! Lu pikir lu sapa?!" Mr Chia tiba2 naik angin.

Aku yang duk ketakutan tak tau nak ketawa ker nak buat apa dengan lawak bodoh yang sedang aku tengok.

"Mubolooo la boss. Nama dia Mubolo la boss .Ini olang la yang boss suluh cali"

"Saya suluh lu cali Bolahan la bolo. Mohd Bolahan"

"Butut la boss. Ini olang nama Mohd Borhan tapi orang panggil Mubolo" En Karim cuba member penjelasan.

"Lubolo!" jerkah Mr Chia.

"Bukan boss, nama dia Mubolo bukan Lubolo" En Karim sama bangang.

"Muboloooo..."

Mr Chia tergamam oleh kebodohan En Karim.

"Belapa kali lu mau cakap saya bolooooo!!!!" Mr Chia meninggikan suara. Dia betul2 bengang

Tok.tok.tok.

Tiba2 kedengaran bunyi ketukan di pintu.

Ke dua2 Mubolo ngan Lubolo terdiam secara spontan.

Ke dua2nya berpusing memandang aku dan kendiannya mengalihkan pandangan ke muka pintu.

Sorotan mata aku sama menuju ke situ

Dan di sebalik kaca berbalam2 pintu bilik Mr Chia aku ternampak kelibat dua lelaki.

Aku kembali takut.


...to be continued

20 July 2010

?

Korang masih ingat tak ari pertama korang kerja?

Masih ingat tak baju apa yang korang pakai pada ari tu? Apa perasaan korang pada masa tu?

Berdebar dan bersemangat untuk menempuh idup baru?

Atau korang bencikan saat2 tu? Rasa terpaksa dan di paksa?

Apa cita2 korang pada masa tu yek? Just go with the flow atau pon berazam berusaha nak mendaki tingkat kerjaya?

Ada tak korang rasa dengan usaha yang gigih semata2 korang akan di iktiraf?

Adakah korang senaif aku pada masa tu?

Adakah korang bosan ngan soalan2 aku nih? Korang dah muak ker? Tak puas ati?

Jadi boleh tak aku hentikan dulu soalan2 aku nih? Boleh?

Tak boleh? Kenapa? Bagi tau kenapa aku tak leh berhenti menanya? Korang rasa soalan2 aku nih hebat?

Korang rasa kagum atau pon korang menggigil2 ketakutan membaca soalan2 aku nih? Betul tak kalau aku katakan korang merasa bertuah baca posting aku kali nih?

Ada tak rasa betapa bermaknanya idup korang pada ari nih? Berasa ringan jiwa korang? Berasa tenang?

Boleh tak aku hentikan citer pasal korang?

Boleh aku sambung?

Masuk untuk memulakan kerja ada korang di perkenalkan dengan ketua korang?

Ada tak korang di suruh mengisi borang2? Di terangkan ngan prosedur2?

Diperkenalkan ngan rakan2 baru? Ada tak korang pada masa tu rasa malu2? Ada rasa takut2? Ada tak antara mereka membuat korang rasa menyampah atau pon ada tak antara mereka2 tu menerbitkan rasa suka?

Pastu ada tak korang di tunjukkan tempat duduk korang? Mesti ada, kan?

Apa kerja pertama yang korang buat pada masa tu? Korang ingat?

Korang mesti blur punya, tapi korang carry on jer kan? Ada tak korang cuba tunjukkan kehebatan korang? Cam korang expert? Padahal korang main bedal aje, kan?

Time lunch ada tak orang ajak gi makan sama2?

Adakah korang terima pelawaan dia orang?

Pastu time makan korang rasa tersipu2 malu kan? Korang makan pon control, kan? Korang jaga adab korang kan? Al maklum saje la kan?

Ada tak member2 baru korang nih rancak berborak2 sesama sendiri sambil skali skala menanya2 korang?

Korang pon layan jer la walau pon korang tak begitu paham, kan?

Apo nak di kato bak nyanyian si Ito Blues Gang tu..., kan?

Kihkihkih? Itu ketawa korang kan?

Korang makin geli ati kan baca tulisan aku yang berkankan ni kan?

Kan, kan, kan?

Korang ketawa sampai tergolek2 terkangkang2, kan?

Tak?

Korang tau tak susahnya aku nak reka tulisan2 yang senantiasa berbentuk soalan?

Korang mesti tak penah cuba kan?

Okay tak setakat nih? Kalau korang masih terus membaca pasti ok, dak gitu?

Ada tak korang gi mana2 pah lunch? Mesti terus masuk kerja kan?

Betul tak kalau aku katakan korang banyak berlakon jer ari tu? Sebenarnya korang tak sabar2 nak balik, kan?

Adoiiii....penatnya aku nak mengabihkan posting aku nih tapi rasa2nya korang tak paham, kan?

Hari berganti hari, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun, tahun berganti dekad sedar2 korang dah mengabihkan separuh idup korang ngan kerja ngan korang punya maji... kan?

Boleh tak camtu? Maji...kan?

Heh3? Itu reaksi ketawa aku ker? Ker korang punya?

Last2 baru korang sedar yang sekolah2, universiti2, IPTA2 atau pon IPTS2 tak ajar korang camner nak berhadapan ngan dunia pekerjaan, tul tak?

Korang setuju tak kalau aku katakan 90% amalan2 dalam alam pekerjaan berdasarkan pengalaman idup korang?

Korang setuju tak kalau aku katakan aku makin merapu?

Jadi apa kata aku tamatkan aje sampai sini jer?

Setuju?

Alhamdulillah...


 

12 July 2010

Hikayat Mubodo – Cepter 1.05

Aku hanya mampu memandang ke lantai. Cilakak En Karim, hari ini kau betul2 kenakan aku.

"Woi bodo, kau dengar tak apa yang aku cakapkan nih?"

"Mintak maaf la cepat bangang kalau kau nak kerja lagi kat sini!!!"

Aku mengetap bibir geram.

"Aku kira sampai tiga, kalau kau tak mintak maaf dalam masa tu kau
boleh berambus!" En Karim mengugut aku.

Satu...

Dua...

Ti...

Arghhh...kering tekak aku.

Gaaa...

"Sa...sa...saya mintak maaf En Karim" terhambur keluar suara dari mulut aku. Kelat.

"Kau tau tak apa salah kau?"

"Tak tau" pendek aku menjawab.

"Abih tu apasal kau mintak maaf?" Tanya lagi si supervisor yang makin galak.

Aku senyap tak menjawab.

"Kau tu bodo. Itulah kesalahan kau. Kau di lahirkan untuk menyusahkan orang kat keliling kau. Kau tu tak guna satu sen pon bodooo..." tambah En Karim seraya memanjangkan muncung mulutnya.

Aku diam membatu. Aku kena malu macam selalu.

Pikiran aku melayang2.

"Mak kau, mak kau tu sayang sangat kat kau sebab kau bodo. Bukan sebab lain lagi"

PAHAM!BODO!

"Ya ya saya paham saya bodo!" Aku terkejut dan mengia2kan cakap En Karim.

HAHAHAHAHA...pekerja2 kat situ serentak ketawakan aku beramai2.

En Karim nampak puas. Misinya nak memalukan aku sukses lagi. Ntah apa la salah aku kat dia.

SUDAH!

"Show dah tamat. Semua pegi buat kerja masing2!" si tua nak mampus tiba2 naik angin.

"Pertunjukan antara sang raja ngan sang tikus dah tamat. Dah, semua sambung balik kerja, ingat kompeni bayar gaji buta ker?"

Semua pekerja2 kat situ yang lebih kurang dalam 10 orang menyambung semula kerja masing2 sambil tersenyum2 kambing. Cilakak!

Aku pulak masih tercegat kat situ. Tak terkata2.

"Skang kau ikut aku" En Karim member arahan seraya bergerak ke muka pintu.

Apa hal pulak ni...


...to be continued

01 July 2010

Hikayat Mubodo - Cepter 1.04

((( mubodo )))

((( mubodo )))

((( mubodo )))

Ya saya kat sini...

((( mubodo )))

((( mubodo )))

((( mubodo )))

Ya ya saya...

MUBODO!

Aku tekejut dari lamunan. Hampir2 kotak yang aku sedang pegang terjatuh.

Woi bangang!” En.Karim yang tiba2 terpancul depan muka pintu menjerit memanggil nama aku.

Orang tua nih sekali aku tampar terpelanting gigi palsu baru tau.

Kau datang sini bukan orang suruh berangan lah bahlol. Kerja, datang buat kerja. Orang bagi gaji kat kau suruh kau buat kerja. Banganggg

Kecik jer aku nengok En Karim nih. Dahla memang sedia pendek. Kang aku bagi flying kick kat telor mau mengalir ingus.

Aku meletakkan kotak yang aku sedang angkat tu ke bawah. Mari la lagi dekat kalau berani.

Aku memandang tepat mata En Karim. Aku tak kira, kali nih aku akan jeritkan pada dia.

MUNGGILABABI! MUNGGILABABI! MUNGNATANGBABI!

Aku kepalkan jari aku di kedua2 belah tangan membentuk penumbuk. Jaga kau! Hahaha jap lagi makan peninju la muka kau!

En Karim tak termakan psiko aku. Seolah2 nak tersembul matanya dijengilkan membalas renungan aku. Keningnya berkerut2 seraya mengembang kempiskan idungnya.

Argh...aku tiba2 jadi gabra. Aku memang tak suka konfrontasi. Seumur idup aku memang tak pernah bergaduh.

Apa hal kau pandang aku camtu. Kau rasa kau dah besar sangat ker? Kalau kau rasa kau besar sangat kau boleh berenti jer kerja. Kau boleh pegi mampus!”

Tak sedar diri. Sekolah rendah pon tak abis ada hati nak nak tunjuk hebatsambung En Karim lagi.

Kalau kau tak kerja kat sini kau nak makan apa? Makan pasir, makan rumput macam kambing?”

Bekkk... kedengaran dari belakang ajukan suara kambing disusuli dengan ketawa2 kecil. Semua pekerja kat situ terenti membuat kerja masing2 memerhatikan aku yang sedang di marah En Karim.

Kau kerja kat sini pon atas rekomen aku. Tu pon sebab mak kau mintak tolong ngan aku. Skang ada hati kau nak lawan aku. Memang patutla orang panggil kau Mubodo. Kau memang bodor!”

Mak.

Mak.

Mak...

Aku takkan menghampakan mak lagi.

Aku menjatuhkan renungan mata aku ke lantai. Aku tewas.

En Karim yang dapat menghidu kekalahan aku tu mula menapak mendekati. Mulutnya tersenyum sinis. Dia tau dia dah menang.

Seraya menundingkan jarinya ke arah aku En Karim kembali bersuara.

Tengok ni semua. Jangan jadi camni. Dah la bodor, pengecut nak mampus. Kerja lembab. Otak lembab. Perangai cam beruk

Amboi, amboi En Karim makin sedap menarik perhatian semua pekerja kat situ.

Skang baik kau mintak maaf. Mintak maaf kat aku

Cepat!cepat!”

Mintak maaf sebelum aku buang kau!”


...to be continued