31 May 2010

Sakit gigi - Part 3


Hahaha.

Acah jer la the end sebelum nih. Mana boleh aku kecewakan korang.

Baik. Sedia? Teruskan membaca...

Selepas doktor tu cakap gigi aku terpaksa di cabut aku cam merayu la pada dia, takde cara lain ker?

Muka dia cam tak suka ngan soalan aku. Cam muka orang yang tak suka di soal. Tak pernah di soal. Aparaaa...tanya pon tak leh? Aku sayang la gigi aku.

Ataupun dia cuba wat muka cam seorang profesional gigi yang amat sebok hingga tak punya masa untuk beramah mesra ngan orang. Seorang profesional yang masanya banyak di abiskan dengan macam2 mulut dan macam2 gigi manusia.

Seorang profesinal yang aku rasa mewarisi klinik tersebut daripada ayah dia yang aku rasa juga seorang doktor gigi. Mewarisi pekerjaan ayah dia. Aku rasa jer la...sebab klinik dia memang klinik old school. Dari sign board sampai la interior klinik tu semuanya memang patut dah di tukar.

Sejak aku masuk memang doktor ni tak senyum. Seriusnya dia menghadapi kehidupan.

"No no no, gigi you tepaksa di cabut. Takde cara lain" doktor tu cakap sambil menggeleng2 sikit kepala dia.

Aku memberi persetujuan. Aku dah berjaya di intimidate oleh sang profesional untuk membuang sebatang gigi yang dah bersama2 aku sejak bertahun2.

Aku takut untuk berkata tidak. Heh3.

Kemudian aku di arahkan ke bilik sebelah. Baru aku tau rupa2nya bilik yang aku masuk nih bilik biasa2 jer.

Ada lagi satu bilik. Sebelah jer bilik tu. Bilik di mana urusan sebenar di jalankan. Bilik the real deal. Bilik yang membezakan antara budak besar ngan budak kecik.

Bilik baru yang aku masuk nih lebih kurang saiznya dengan bilik tadi, cuma lebih muram. Cahaya matahari yang masuk lebih suram, pastu kat penjuru bilik tu ada singki.

...untuk mencuci darah. Gulp.

Sekali lagi aku naik atas kerusi malas doktor tu. Kerusi yang membenarkan kita berlunjur , aku rasa supaya senang kaki kita terangkat tatkala gigi dicabut.

Doktor tu kemudiannya mengarahkan budak pompuan tu prepare segala alatan2 dan ubat2an yang perlu untuk mencabut gigi aku tu.

Ntah camner ntah tiba2 doktor tu tanya aku dah makan ker belum.

Masa tu dia dah duduk sebelah aku. Lampu spotlight dia tu dah suluh ke mulut aku. Budak pompuan tu dah standby kat sebelah aku. Alat2an ngan ubat2an dia dah berada dalam tray kecik sebelah dia.

Aku cakap aku belum makan pagi lagi. Doktor tu berundur sedikit badannya ke belakang.

Terkejut dia. Muka berkerut. Hahaha apalah, macam citer besar sangat tak breakfast.

"No no, you cannot cabut gigi you kalau you tak makan lagi. Nanti perut you lapar, susah"

Ek eleh macam lah aku tak pernah posa satu hari tak makan minum.

Aku nak jugak dia cabut gigi aku tu time tu jugak. Dia tak setuju.

Hahaha bodoh sungguh aku nak cabar keputusan dia. Tadi baru aku cakap dia tak suka orang soal dia. Ni kan pulak arahan dari aku.

Dia suruh aku gi makan jugak. Beretika sungguh doktor nih.

Segala preparation untuk mencabutkan gigi aku di postpone. Doktor tu bangun dari kerusi dia , untuk merawat pesakit lain ker atau dia nak gi mana ntah aku tak tahu tapi dia nak blah. Aku yang masih berbaring di atas kerusi tu kecewa.

Ohhhh tidakkkk!!!

Doktor nih tak tau ker aku bukannya nak cabut sangat gigi aku nih. Dia tak tau ker yang manusia nih bukan suka sangat gi klinik gigi. Dia tak tau ker yang aku hanya perlukan alasan jer untuk membatalkan segala2nya? Aku dah nekad nih, tolong la jangan cancel.

Aku dengan berat hati bangun. Masa tu doktor tu dah takde. Sebelum dia pergi tu dia cakap makan roti pon tak apa. Janji alas perut.

Hahaha makan roti baru boleh cabut gigi. Apalah bezanya sepotong roti.

Budak pompuan tu pulak tanya aku kenapa aku beria2 sangat nak cabut. Kan cabut gigi tu sakit.

Aku bagitau dia aku tak kira dah nih. Cabut gigi sakit sekali jer tapi sakit gigi aku nih berulang2 berkali2 tanpa kesudahan.

With that note aku pon chow dan di minta datang selepas makan sekurang2nya sepotong roti.

Ting!Ting!Ting!

Round 2. Aku kalah lagi.

...bersambung


30 May 2010

29 May 2010

Sakit gigi - Part 2


Pastu dia tekan lagi gigi geraham aku tu ngan besi dia. Cungkil2.

Memang aku boleh rasa la besi tu ngorek2 gigi aku tu tapi aku tak rasa sakit.

Dia tanya aku berapa lama dah sakit gigi. Aku pon tak ingat. Aku cakap on off on off gitulah dah beberapa bulan.

Pastu doktor tu panggil pembantu dia, nak prepare mende ntah.

Aku tengok dia memang tak mesra ngan pekerja dia. Arahan yang dia bagi tu memang tak clear bagi pekerja dia ker, ataupun budak pompuan tu memang lembab ker, aku tak tau tapi tulah keadaan yang aku nampok.

Cara dia cakap ngan pekerja dia tu aku tengok cam cara cakap ngan budak kecik.

Terkocoh2 la pekerja dia tu bukak drawer, ambik tu ambik ni. Ntah ambik mende aku tak tau tapi cam prepare nak tampal gigi aku jer.

Bagus! Hati aku dah berdetik. Dia nak tampal gigi aku. Tak yah cabut nampaknya. Yahoo selamat gigi aku.

Doktor tu pon pakai pengadang mata dia. Pengadang tu bentuk dia sama yang cam kita tengok dalam citer CSI tu. Biasanya babak tengah wat post mortem mayat. Doktor koroner pakai.

Cam visor helmet pon ada jugok aku nengok.

Dia takut taik gigi aku masuk dalam mata dia. Hahaha

Pastu dia pakai mask muka cam yang kita pakai untuk elakkan H1N1 tu. Kendiannya dia pakai glove.

Aku di arahkan buka mulut luas2. Seluas yang boleh. Mulut aku di masukkan tiub sebesar saiz getah water filter akuarium. Alaaa getah tu la...yang wat keluar buih oksigen dalam tangki akuarium tu...

Getah yang dia masukkan tu berfungsi cam vakum. Wat sedut air liur dalam mulut aku. Tak payah dah cam dulu kena bangun, berkumur lalu meludah dalam singki sebelah kita.

Lama sungguh aku tak pegi klinik gigi.

Kemudian doktor tu pegang mesin gerudi dia. Aku pandang kejap kat tangan dia pastu aku pandang atas balik. Tak tahan bunyi dia beb. Ngiluuu...

Zrinngg...ngringg...sringgg.. nyinggg..nginnggg...

Dia start korek gigi aku ngan mesin dia tu. Budak pompun tu pulak di arahkan berdiri sebelah aku untuk membantu.

Tapi masa dia korek tu gigi aku tetap tak sakit. Kalau ikut pengalaman aku zaman2 sekolah dulu masa korek sebelum tampal nih memang sakit. Korek gigi yang berlubang mana tak sakit, ya tak? Pelik sungguh.

Yang kelakonya masa dia korek tu bersembur air kat dalam mulut aku ke arah muka dia. Terpercik kat visor dia tu. Ok lagi tu. Yang buat aku nak ketawa tu air yang terpercik tu kena pulak kat mask dia betul2 kat area mulut dia. Makin lama makin basah mask tu. Hahaha...geli pon ada perasaan aku masa tu. Nasib baik la aku tak jadi doktor gigi. Hari2 kena sembur air liur.

Masa dia gerudi gigi aku tu aku dapat rasa yang dia korek tak berapa dalam. Cam korek permukaan jer.

Pastu dia stop. Dia cam nak cakap sesuatu ngan aku.

Sebelum dia cakap ngan aku tu dia panggil pembantu dia melihat jugak kat dalam mulut aku tu. Duduklah aku kat situ sambil menganga mulut seluas yang boleh supaya kedua2 mereka dapat menelek gigi aku yang tak sakit tu. Lenguh hooo nganga lama2.

"Gigi you tak berlubang" kata doktor tu.

Pastu dia suruh budak pompuan tu cuba tengok satu garisan melintang pada gigi aku tu. Budak tu aku tengok ngangguk2 tapi airmuka dia cam blur. Dia memang tak berminat langsung.

"Gigi you crack"

Crack?

Menurut doktor tu gigi geraham aku tu dah terbelah dua sebab tergigit mende yang keras ketika makan, bukannya gigi tu buruk. Patutla takde lubang kat situ. Ada jugak sakit gigi macam ni rupa2nya.

Kendian dia tanya ada tak baru2 nih aku tergigit mende2 keras masa makan.

Mana aku nak ingat. Ada tu memang ada la tapi aku tak ingat bila. Kadang2 aku tergigit pasir yang kat dalam beras tu. Kadang2 tergigit tulang ayam.

Doktor tu kata takde pilihan lagi. Terpaksa di cabut.

Huhuhu...kena cabut jugak nampaknya.


...bersambung


28 May 2010

Sakit gigi - Part 1


Baru2 nih aku sakit gigi. Mak oiiii! Sakitnya.

Gigi geraham besar aku.

Aku mula2 perasan gak lah sakit nih bila aku tersalah gigit mende2 keras masa makan. Ngiluuuuu...sampai aku tak leh mengunyah. Tapi aku wat tak tau jer ngan harapan ianya ilang.

Pastu ntah camner tah satu ari tu gigi aku mengamuk mengganas sampai berdenyut2 gusi aku, berdenyut2 kepala aku, berurat2 tengkuk aku tegang. Pastu sakit tu berulang2 sekejap ada kejap ilang. Aku ilang selera makan. Nak nonton TV pon aku boring.

Duk lah aku ngadap TV tapi bukan melayan citer. Melayan sakit.

Aku cuba bertahan. Aku tak nak jumpa doktor gigi. Uuuiii...takut. Heh3

Cakap ngan orang pon aku malas.

Cam2 aku buat nak bagi ilang sakit tu.

Makan panadol.

Makan phonstan.

Tampal ngan bunga cengkih.

Kumur air garam.

Kumur listerine.

Berus gigi berulang2.

Tepek minyak cap kapak kat gigi.

HAHAHA! Kerjaan sia2 sbb ilangnya kejap jer, pastu datang balik. Aduhaiii...

Tido aku pon tak lena. Asyik terjaga jer.

Aku konfiden yang gigi aku dah berlubang besar

Ada satu ari tu aku sampai demam. Tak tau lah jangkit kuman ker mende ataupun tubuh aku dah fedup. Aku ambik MC dan bertekad jumpa doktor gigi.

Klinik gigi tu depan opis aku. Sebelum aku gi tu adalah 2, 3 orang citer pasal klinik nih. Doktor garang, tak mesra pelanggan. Pastu semer orang start citer pasal pengalaman masing2 ngan gigi. Chain reaction.

Aku tak kira. Janji klinik dia dekat, senang aku nak gerak ngan kaki.

Ari aku MC tu gak aku gi klinik tu. Klinik aku ambik MC tu satu row ngan opis aku, klinik gigi pulak kat depan. Senang. Itu lah rencana aku ari tu. No retreat No surrender.

Bila aku sampai jer kat muka pintu masuk klinik tu (kat tingkat 1) aku nengok memang menyeramkan. Patutlah budak2 pompuan kat opis aku takut.

Malap2 suasana diaaa... lampu satu jer pasang. Lampu kalimantang. Betul2 atas kaunter urusniaga. Takut ilang duit kut?

Pastu kat situ ada sorang India tua tengah duk atas sofa. Nak tau?

Eh...skali tu aku tengok. Pastu aku tengok sekali lagi.

Muka dia cam Tun Mahathir. Sumpah, aku tak tipu.

Dia pakai topi. Topi tu cam topi BN yang kita dapat free time2 pilihanraya. Warna biru dia dah off kaler. Dah lusuh topi tu aku tengok.

Hahaha aku tak tau perasaan aku masa tu.

Kat kaunter pulak ada 2 orang budak pompuan melayu tgh berborak sambil2 baca suratkhabar.

Lepas register aku duduk nunggu. Konfiden ada, gabra pon ada.

Kejap tu lelaki yang muka cam Tun Mahathir tu blah. Dia bukan nak jumpa doktor rupanya. Lelaki misteri...

Lama nunggu aku, tengok cam buang masa jer aku cakap aku nak balik opis dulu. Aku mintak budak pompuan tu tepon aku bila doktor dah selesai ngan patient dia.

Ting!ting! Round one aku fail. Semangat nak cabut gigi aku makin menurun.

Balik la aku semula ke opis. Masa tu fikiran aku dah cam pujuk aku takyah cabut. Nanti baiklah tuuu...

Aku dah berbelah bagi. Aku bagi klinik tu sampai kul 11 jer, lewat pada tu aku nak balik.

Jam kat tangan aku tunjuk pukul 9 lebih. Aku tak ingat minitnya.

Dalam pukul 10 pagi klinik tu tepon aku. Ceh!

Sampai kat sana aku terus di panggil masuk.

Doktor gigi tu perempuan. India.

Dah duduk atas kerusi malas dia tu aku di arahkan buka mulut. Dia tanya aku kat mana sakit. sakit macam mana. Pastu dia tekan2 tempat sakit tu ngan besi.

Yang peliknya masa dia tekan tu gigi aku tak sakit. Ok jer.

Aku tengok dia cam pelik. Aku pong sama la peliknya. Pandai ke tak doktor nih?

Tapi aku tak peduli. Aku dah nekad.

This pain must get out today!!!


...bersambung


26 May 2010

Hikayat Mubodo - Cepter 1.03


HA!HA!HA!

Kelas makin bingit. Cikgu Kamariah pon aku lihat sama-sama ketawa. Kuningnya gigi, isap rokok gamaknya.

"OK kelas, OK, OK harap masing2 diam" kata Cikgu Kamariah sambil senyum.

Hamid ngan Kamal yang masih berdiri di depan papan hitam tersengih cam kerang busuk.

Setelah keadaan semakin reda Cikgu Kamariah kembali mengambil alih kelas.

"Hamid, Kamal balik ke tempat kamu semula. Cikgu akan terangkan mengikut cara lain pula"

Kedua2 memberi tabik hormat kepada Cikgu Kamariah persis bak askar yang bertembung dengan pegawai atasannya, sambil menuju ke tempat masing2.

"Kamu berdua nih, tak tau cikgu nak buat apa" ngomel si cikgu yang bergigi kuning. Konpem isap rokok.

Begitulah Cikgu Kamariah, cikgu kesayangan kelas kami. Selalu bertolenrasi dengan kami.

"Ok semuaaa...?!!!"

OKAAYYYY!!! Serentak kelas menjawab.

"Boleh kita teruskan pelajaran hari niiii?!!!"

"BOLEYYYY cikguuuu...!!!" bunyi lagi kelas aku. Aku nengok Kamal yang paling kuat skali suaranya sementara si Hamid pula sebok mengintai di bawah meja, melihat hasil kerjanya.

"Kita juga boleh menukar nama kita mengikut akronim"

"Ianya boleh menjadi identiti pengenalan kita"

Murid2 kelas aku terlopong.

"Ok, macam ni. Nama cikgu ialah Siti Kamariah Binti Hasan, jadi akronim cikgu SKH"

"Faham?"

Ada yang mengeleng2kan kepala tapi aku tengok ada yang mula paham mengangguk2.

"Lagi satu contoh. Tak semestinya kita hanya mengambil satu abjad di depan tiap suku nama kita. Nama cikgu juga boleh jadi SIKAHA. Siti Kamariah Hasan, di mana cikgu mengambil 2 abjad di depan setiap suku nama cikgu"

"Meh kita cuba dengan nama setiap orang dalam kelas ni"

"Kita mulakan dengan barisan ni" Cikgu Kamariah menunding jarinya ke arah barisan aku.

"Bangun Herman, cuba ringkaskan nama kamu" murid di barisan hadapan skali di arah oleh Cikgu Kamariah.

"Sebutkan nama penuh, kemudian sebutankan akronimnya"

"Nama penuh saya Muhd Herman Bin Rosman"

"Jadi...akronim saya M..., H......, R" sebut Herman teragak2.

"Ataupunnn...?" Tanya lagi Cikgu Kamariah.

"MUHERO!!!" laung Kamal dari tempat duduknya.

Wah hebatnya singkatan nama Herman. Aku nak nama tuuuu

Lubang idung Herman aku tengok kembang kempis tatkala murid2 kelas aku menjadi memuji2.
Nampaknya pengajaran hari ni telah berjaya sampai ke benak otak masing2.

Ketika itu aku tersedar. Nama aku, nama aku....

Alamak! Kalau di ringkaskan alamak malu besar aku. Aku mesti mencari alasan untuk keluar dari kelas. Aku mesti keluar sekarang!

Tapi aku tak menjangka tindakan aku yang secara spontan rupa2nya akan mengundang sengsara berpanjangan buat diri aku.

"Cikgu" pantas aku menarik perhatian Cikgu Kamariah seraya mengangkat tangan.

"Ya Borhan?"

"Boleh saya pergi tandas cikgu?" tanya aku sambil mengerenyingkan muka seolah2 sakit perut.

"Hmmm...kamu ni Borhan. Pergilah" izin Cikgu Kamariah.

Yesss! Berjaya! Senyum aku dalam hati.

Pantas aku melangkah melewati hadapan kelas untuk menuju ke pintu keluar.

Aku mula rasa selamat memikirkan rancangan aku memperdaya Cikgu Kamariah berjaya. Aku jadi alpa, dan ketika melewati barisan yang di duduki Kamal ngan Hamid aku memusingkan kepala perlahan2 dan tersenyum sinis ke arah Kamal yang sedang memerhatikan aku.

"MANA ACIIII!!!" laung Kamal tiba2. Terhenti langkah aku terkejut.

"Mana aci cikgu, Borhan nampak cam nak ngelat jer pura2 sakit perut"

"A'ah, ya tak ya juga. Borhan, saya nak awak sebutkan akronim awak sebelum awak pergi ke tandas". Setuju la pulak Cikgu Kamariah ngan kata2 Kamal.

"M.B.L" pantas aku menjawab.

"Apa pulak? Kang nama ayah dia Dolah! MBD laaa", Kamal menunjuk pandai.

"Ya Ya nama penuh engkau kan Muhamad Borhan Bin Dolah" sampuk pulak murid perempuan yang duduk berhampiran ngan pintu.

HAHAHA!!!

HAHAHA!!! kedengaran ketawa kuat dari Hamid, seolah2 cam orang gila.

"Kenapa Hamid, apa kena dengan kamu ni!" Cikgu Kamariah mula naik bengang. Skali lagi pengajarannya terganggu.

"Nama dia cikgu! Singkatan nama dia cikgu!" jawab Hamid di selang seli ngan ketawa.

MUHAMAD BORHAN BIN DOLAH!

"Singkatan nama dia MUBODO cikgu!!!!HAHAHA!!!"

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!! seluruh kelas histeria ketawakan aku

Abis la aku. Abis la aku hari nih....

Abis la idup akuuu...

Aku memandang ke arah semua murid kelas aku yang sedang mentertawakan aku. Aku memandang malu, aku geram, sakit hati, sedih...

Aku memandang ke arah Cikgu Kamariah meminta simpati...

Cikgu Kamariah hanya mampu tersenyum tawar menayang gigi warna kuningnya...

Dan akhirnya aku keluar dari kelas sambil di tertawakan, menuju ke tandas dengan longlai...

MUBODO. Sepatutnya aku tak ke sekolah ari nih.

Walaupun aku rasa aku cerdik tapi rupa2nya kecerdikan sahaja takkan menjamin apa2 pon.

Kerana apa yang berlaku sebentar tadi memang di luar kawalan aku.

Kalau lah aku tahu.

Memang aku tak ke sekolah ari tu...


...to be continued


25 May 2010

My take on life


Que Sera, Sera,


Whatever will be, will be

The future's not ours, to see

Que Sera, Sera

What will be, will be.


Yes. That's me.

Come joint me and free yourself.


24 May 2010

Hikayat Mubodo - Cepter 1.02 ( Back by popular demand)


"BANGUNNN..."

Sreeetttt...krokkkkk....krekkk

Bunyi kerusi2 di sorong ke belakang, ketepi dan ketengah ketika murid2 kelas aku bangun memberi hormat pada guru yang baru tiba untuk mengajar.

Ada yang aku tengok segera bangun. Ada yang berdiri macam sotong tak bertulang membengkok2, meliuk2. Ada jugak murid2 kelas aku yang matanya melilau2 memerhati ntah hapa2. Ada jugak yang masih terus2an berborak, cuma volumenya telah di rendahkan secara spontan.

"SELAMAT PAGI CIKGU" seperti biasa monitor kelas aku menjalankan tugas yang aku rasa memang mendatangkan sedikit kebanggaan dalam dirinya.

"SELAMAT PAGI CIKGUUUU..." murid2 kelas aku mengikut arahan ketua kelas.

"Selamat pagi"

"Duduk semua", Cikgu Kamariah guru Bahasa Melayu kelas aku yang berbadan kurus tinggi memberi arahan.

Sreeetttt...krokkkkk....krekkk, sekali lagi bunyi kerusi2 kedengaran.

"Apa khabar semuaaa...!" Tanya Cikgu Kamariah seraya membetul2kan tudung merahnya. Tudung merah yang di padankan dengan baju kaler hitam berbunga putih yang dipakainya.

Mata aku meleret ke kakinya yang di pakaikan dengan sepatu yang juga berwarna merah. Wah, bergaya betul Cikgu Kamariah sekarang nih. Nak tekel saper agaknya?

"Khabar baik cikguuuu..." Kedengaran jawapan yang bercampur baur antara semangat dan malas daripada murid kelas aku.

Pandangan aku beralih kepada Hamid yang duduk selang semeja dari aku yang sedang enak mengorek taik idungnya. Di putar2nya jari kelingkingnya ibarat sedang menggerudi dinding sambil matanya menunduk memandang lantai, hehehe nak ketawa aku. Geli pun ada.

Dan seperti yang ku jangka, hasil dari lubang yang di gerudinya itu sepantas kilat di seletkan ke bawah meja. HAHAHA! Seperti menyedari aku sedang memerhatikannya Hamid mengangkat kepalanya memandang tepat kepada aku seraya menayang2 penumbuknya.

"OK semua hari ini kita akan belajar pasal akronim. Saper yang tahu apa maksud akronim?" Suara Cikgu Kamariah kedengaran memulakan pengajarannya.

Ada murid kelas aku yang menggeleng2kan kepala menandakan betapa tak pahamnya mereka. Ada juga yang menanya2kan member yang duduk di sebelah. Ada juga yang aku nampak macam tak kesah apa yang ditanyakan.

"Saper ayah dia ada kerja JKR?" tanya Cikgu Kamariah.

"Hamid cikgu! Ayah dia kerja JKR sebab tu dia suka korek idung. Ayah dia korek jalan, dia korek taik idung cikgu!" Jerit Kamal yang duduk di sebelah Hamid.

HAHAHA! Satu kelas tiba2 bingit ketawa.

"Tapi cikgu, ayah dia korek tampal balik. Hamid korek selek bawah meja" sambung lagi Kamal tanpa sempat Cikgu Kamariah menghentikannya.

HAHAHA!

"Tipu cikgu! Mana ada!" Hamid membalas seraya menumbuk kuat bahu Kamal hinggakan dia hampir terjatuh.

"Diam semua!" Cikgu Kamariah memberi arahan mententeramkan kelas. Pengajarannya di ganggu oleh gelak ketawa dan aksi gaduh Hamid ngan Kamal.

"Hamid! Kamal! Mari sini berdiri depan papan hitam!" Cikgu yang masih belum berkahwin itu memanggil kedua2 mereka ke depan.

Seraya tolak menolak Hamid dan Kamal mengesot perlahan2 hingga sampai kehadapan kelas.

"Hamid, betul ke ayah kamu kerja JKR?" Cikgu Kamariah menanya Hamid.

"Betul cikgu"

"Kamu tahu apa maksud JKR?"

"Tahu" "Eh eh tak tahu cikgu" Hamid membuat lawak.

"JABATAN KERJA RAYA. Itulah maksud JKR" terang Cikgu Kamariah.

"JKR adalah satu kependekan kepada Jabatan Kerja Raya di mana ianya di gunakan untuk memendekkan sebutan dan juga kadang2 ia memudahkan urusan"

"Cikgu bagi satu lagi contoh. Kamal, kamu tahu maksud RTM?" tanya Cikgu Kamariah kepada Kamal pula.

"Tahu cikgu. Raja Taik Mata" jawab Kamal selamba. HAHAHA! Kelas kembali bingit.

Hamid dan Kamal. Murid nakal kelas aku. Murid yang mengenakan aku dengan gelaran Mubodo.

Murid yang di lahirkan untuk bertemu satu sama lain. Murid yang satu masa nanti akan hadir lagi ke dalam hidup aku.

Murid yang akhirnya akan menjadi sahabat yang akan menolong aku pada satu masa nanti.


...to be continued.


20 March 2010

Hikayat Mubodo - Cepter 1.01


Aku memang dari kecil lagi tak suka bercakap. Tak tahu naper tapi aku lebih suka memerhati. Aku kadang2 terlalu ralit sampai tak sedar ada orang yang sedang bercakap dengan aku.

Memang pelik kata Tok Munah bidan yang menyambut kelahiran aku.

"Masa Tok Munah sambut kelahiran kau tu tok memang rasa semacam jer. Kau tak nangis pun. Ribut masa tok sampai rumah mak kau aritu tu tak usah cakap lagi, macam kiamat dah tiba" Tok Munah pernah cakap cam tu kat aku.

"Pastu yang peliknya bila kau keluar jer Borhan, semuanya cam berenti. Ribut tiba2 senyap, hujan yang turun lebat pun macam paip yang tiba2 dikatup. Setok Mohd Borhan. Semua mende macam setok" Tok Munah sambung lagi sambil menganga2kan mulut dan menggagau2kan tangannya.

Setok? Stop la Tok Munah bukan setok. Aku ketawa dalam hati.

"Tapi masa tu tok bukan rasa susah hati, tok rasa aman. Tok rasa cam hati ni bahagia sangat. Cam kamu ni Borhan, di lahirkan untuk sesuatu. Sesuatu yang tok tak boleh nak terangkan tapi tok tahu. Pelikkan?"

Aku dengar semua yang Tok Munah cakapkan. Mungkin Tok Munah ingat aku tak paham sebab ketika tu aku baru berumur 3 tahun.

Aku tak tau camner tapi sebenarnya Tok Munah tak payah citer pun aku tahu. Aku ingat satu2 peristiwa yang berlaku ketika aku di lahirkan.

Aku ingat bagaimana pucatnya muka Tok Munah masa menarik keluar kepala aku. Mana taknya, aku pandang tepat pada matanya.

Bayangkan, masa aku keluar tu mata aku dah terbuka luas memerhatikan dia. Toreh tak berdarah aku rasa Tok Munah masa tu. Keadaan pulak tiba2 senyap sunyi. Nasib baik aku cepat2 tutup mata.

Aku juga dah paham apa yang di bualkan. Aku dah dapat menangkap butir2 bicara antara Tok Munah dengan mak aku.

Jangan pelik kalau aku bagitau yang aku dah pun boleh bercakap pada masa tu , tapi aku tak bercakap. Aku cuma mendiamkan diri memerhati. Agaknya kalau aku bercakap panggil namanya meninggal kat situ jugaklah Tok Munah.

Aku di lahirkan penuh dengan ilmu asas. Ilmu yang perlu di pelajari secara beransur oleh manusia2 lain tapi aku dapat secara automatik.

Ilmu yang membebankan diri aku sendiri aku rasa. Ilmu yang boleh menyusahkan aku kalau orang lain tau. Ilmu yang meninggalkan jauh manusia2 lain. Membawa aku terlalu jauh ke depan.

Dan peristiwa yang berlaku ketika aku berumur 5 bulan mengkonpemkan sangkaan aku.

Pada ketika bayi2 seusia ngan aku masih merengek2 menangis meminta susu aku dah boleh berlari. Aku dah boleh melompat. Aku dah boleh berlari sambil melompat.

Ada satu hari tu kebetulan Tok Munah datang melawat mak aku. Tok Munah datang dengan Makcik Pon. Aku tak sedar, masa tu aku tengah syok berlari berpusing2 di ruang tamu. Tiba2 jer terpacul mereka kat depan pintu.

Apalagi Makcik Pon.

PON!PON!PON! la satu kampung.

Punyalah ramai orang datang rumah mak aku nak tengok aku berlari. Nak tengok bayi ajaib yang diponponkan oleh Makcik Pon. Lama jugak lah aku terpaksa berlakon jadi bayi balik.

Aku rasa sebab itulah aku lebih banyak berdiam dari bercakap. Aku takutkan tindakbalas manusia. Manusia2 yang suka bikin kecoh.

Budak Lembu! Mat Bengap! Mat Jenin! Mat Kerbau!. Macam2 gelaran yang aku dapat.

Tapi tak sehina dan selengkap gelaran Mubodo yang melekat kata batang tubuh aku sampai sekarang nih.

Kalaulah...

Kalaulah aku tak ke sekolah hari tu...

...to be continued.


18 March 2010

W.T.F


Am watching the prime time news.

Would like to ask all politicians that are in the lime lites.

Would like to ask from the bottom of my heart.

WTF are you talking about!!!?

WTF are you trying to say!!!?

WTF are you doing!!!?

WTF are you trying to do!!!?

Do you believe what you're sayings or...

Do you believe that I will believe what you are sayings?

What are you?

What the fuck are you?


15 March 2010

Hikayat Mubodo - Cepter 1


Munggilababi

18 tahun kemudian.

"Mubodo!"

"Mubodo!"

"Cepat angkat barang2 nih Mubodo!!!"

"Kamu mau makan gaji buta ker!!!?"


"Kamu ni slow macam siput babi! Kalau mau jadi siput babi jangan datang kerja la. Duduk bawah ketiak mak, cium dia punya bau" Jerit supervisor tua tu sambil ketawa hingga tersembul gigi palsunya ingin melompat keluar. Cepat2 di katup mulutnya menyelamatkan keadaan.

Celaka punya manusia, tak nampak ke aku tengah buat apa.

"Hahaha! Kenapa la mak ayah kau dapat anak bodor cam kau"

"Cepat! Cepat! Jangan lembab macam lembu!"

"Mubodo Anak Mubangang!" Ejek lagi si tua.

Arghhh...aku bencikan nama gelaran tu. Jangan panggil aku dengan nama tu! Dengar tak?

Nama aku Muhamad Borhan!

Aku bukan bodoh. Kenapa panggil aku dengan gelaran tu.

Aku tau lah aku kerja makan gaji kat sini tapi aku tak bodoh. Aku tak perlukan penghinaan ini. Sebenarnya kamu yang gila.

"Munggilababi!" ingin aku jeritkan tapi apakan daya. Perkataan tu melekat di tenggorok aku. Tak boleh keluar.

"Tengok semua orang. Ini orang dah la bodor, lembab pulak. Lembab macam lembu, busuk macam kambing" Si tua makin galak. Melaung2 pada pekerja2 lain supaya melihat ke arah aku yang sedang termengah2 mengangkat dan menyusun kotak2 tempahan pelanggan.

"Hahaha!" Serentak mereka ketawa beramai2.

Mereka nampak macam puas hati kalau dapat ketawakan aku. Si supervisor tua, En. Karim pula hidupnya macam tak sah kalau tak dapat mengenakan aku dalam sehari.

Mubodo...

Nama gelaran yang aku dapat semenjak dari zaman sekolah rendah lagi. Nama ejekan pemberian kawan2 sekelas aku. Nama yang aku benci.

Masih aku ingat dengan jelas macam mana gelaran tersebut melekat kat tubuh badan aku nih.

Peristiwa hitam dalam hidup aku. Kalau aku tau memang tobat aku tak bangun pagi tu, tobat aku tak mandi pagi tu. Kalau aku tau tobat aku pura2 demam pada hari tu.

Tobat aku tak gi sekolah hari tu.


...to be continued.


14 March 2010

Hikayat Mubodo


Prolog


Arakian maka di kisahkan kisah yang berlaku nun jauh di hujung dunia ketika hormat di ukur penuh tipu, ketika yang hak dikatakan palsu, ketika yang palsu mendapat restu. Ketika malam di hitung manis masamnya bintang, putih hitamnya bulan. Ketika merah darah menjadi murah, Ketika wang dan nafsu menjadi raja.

Ketika tikanya ini maka di syairkan kilat sabung menyabung, angin menderu deras, hujan meribut lebat hingga terbanglah atap2 buat pelindung dari panas sejuknya alam. Pokok2 bak di cabut gergasi, akar2nya menyembah bumi menunggu mereput di makan bubuk.

Maka menjerit pekiklah penduduk2, melaung2 meminta tolong. Memohon ampun. Menggigil menangis menanti petaka. Meminta tuhan ampunkan dosa. Menyesal tak sudah lambat berubah, takut taubat sudah terlewat. Takut masa sudah tiba. Hati kecut menunggu2 nyawa di cabut.

Di saat yang sama di ketika alam mengamuk menggila nun jauh di hujung kampung terdengar esak tangis gembira. Ketika tepatnya halilintar menyambar pohon kelapa. Ketika tepatnya guruh bergempita memekakkan telinga maka lahirlah seorang insan ke alam dunia. Terbitlah kedamaian di pondok usang di tepi desa.

Maka lahirlah kekasih ibu, jantung hati pengikat rindu, membawa sinar penerang tekad. Lahir bersama seribu harapan, membawa hikmat menentang kezaliman. Menegakkan yang hak menunduk yang batil. Mencuci hasad mensuci diri.

Kan membawa harapan buat yang tertindas. Kan membawa ketakutan buat yang menzalimi. Kan membawa seribu impian menggapai langit. Menukar kisah menjadi sejarah. Menukar bisikan menjadi nyata. Melaung gempita menjerit kebebasan.

Hujan yang lebat menjauh menghilang. Langit yang kelam menjadi terang. Angin yang kencang beransur tenang. Sinar mentari memancar terang bersama awan yang biru, meredup nyaman menyentuh kalbu.

Alam yang bersatu bagaikan tersenyum penuh mengerti. Menunduk hormat pada peristiwa. Menunduk hormat pada sang wira.

Bermula kisah segala kisah. Bermula hikayat segala hikayat. Bermula sudah satu perjalanan.

Perjalanan yang bakal menggegar dunia ini. Membawa perubahan di alam semesta ini. Lahirlah seorang insan yang bernama...


Mubodo.



...to be continued.


13 March 2010

Braderz & Sistah


Hubungan kita ngan adik beradik kandung kita amat istimewa.

Tak kira la kita gaduh camner besar, bermasam muka bertahun2, berpisah berpuluh2 tahun, sakit hati berkurun2, terkilan berabad2. Hubungan kita tak akan putus. Tak mungkin putus selagi hayat di kandung badan. Selagi kita bernafas.

Kita di lahirkan dari induk yang sama. Kita berkongsi darah dan daging ibu dan ayah yang sama.

Kita di kandungkan di dalam perut yang sama. Berkongsi makanan, berkongsi perasaan ibu yang sama.

Tak ada orang lain dalam dunia nih yang berkongsi hubungan tersebut, hatta mak dan ayah kita pun tak mempunyai hubungan yang kita adik beradik miliki.

Bayangkan, dalam berbilion2 manusia kat muka bumi nih, beratus2 kaum dalam dunia nih hanya kita yang mempunyai pertalian tersebut. Pertalian yang bukan kebetulan. . Pertalian yang telah di takdirkan.

Mulut kita boleh melafazkan putus saudara. Hati yang terasa boleh menjauhkan kita. Pertuturan dan perlakuan boleh melarikan kita, membawa kita pergi dari persaudaraan kita.

Perebutan pusaka, kasih sayang, wang ringgit, perhatian.

Pertelingkahan pendapat. Pertuturan yang terlanjur. Perbuatan yang menyakitkan. Semua nih kadang2 membuatkan kita terlupa.

Terlupa untuk memberi kemaafan. Meminta kemaafan.

Kita ralit dengan ego kita sendiri. Kita sibuk dengan siapa betul siapa salah. Kita asyik menyalahkan satu sama lain. Kita termakan bisikan syaitan.

Kalau adik beradik tak boleh tegur menegur perbuatan. Kalau adik beradik tak di benarkan melakukan kesilapan. Tak boleh berlaga pendapat. Tak boleh mencapai kata sepakat maka aku angkat tangan surrender. Aku menyerah kalah kecewa.

Peristiwa silam memang kadang2 menghantui kita. Memakan hati kita sedikit demi sedikit sehingga kita alpa pada hakikat.

Terimalah hakikat. Sudah2lah membohongi diri sendiri.

Kita boleh berdendam buat selama2nya tetapi pertalian yang kita miliki juga tak mungkin akan terputus, buat...selama2nya.

Jadi kepada adik beradik aku yang ada membaca log aku nih, aku meminta maaf banyak2 andainya ada aku melakukan kesilapan di masa lampau.

Andainya ada perbuatan aku yang menyakitkan hati korang. Aku minta maaf banyak2.

Aku tahu aku ada banyak kesilapan.

Aku tahu korang mesti ada yang pernah terasa hati

Aku yakin korang boleh memahami.

Korang boleh berkongsi.

Aku harap korang juga...

DERMA LA KE AKAUN MAYBANK AKU.

NO SAVING AKU : 106099104585.


09 March 2010

Old folks 3

They won't stay that way forever. They will get older.

So smile with them while we still can.

08 March 2010

Semakin lama semakin cerdik semakin bodoh


Manusia nih aku tengok semakin lama semakin bodoh. Walaupun mereka menjunjung2 pencapaian2 mereka, kepandaian2 mereka, fahaman2 mereka tapi apa yang sebenarnya terjadi?

Makin cerdik hingga menjadi makin bodoh. Itu yang terjadi.

Tengoklah TV, buka radio, baca suratkhabar. Cerita2 yang kita dengar tiap2 hari. Berapa ramai yang mati hampir sia2? Beribuuu...

Penganiayaan, penindasan, jenayah, rompak, ragut, bunuh, rogol, buli, penderaan, penyiksaan, culik, pukul, gaduh.

Rusuhan, pergaduhan, pertempuran, perebutan, peperangan, penaklukan.

Ni citer real punya, bukan citer filem. Bukan drama TV. INI REAL!!!

Korang tak sedar lagi? Masih terpinga2 antara realiti dan fantasi? Ini citer real!!!

INI CERITA REAL LA BENGAAAPPP!!!!

Apa pulak yang manusia banggakan ketika ini? Kereta besar, gaji besar, bangunan besar, pangkat besar, kuasa besar, rumah besar, pagar besar, lampu besar, kipas besar dan berbagai2 lagi yang besar2. Matlamatnya? Supaya boleh besar kepala.

Sekarang ni ramai yang tertindas. Ramai yang menyimpan dendam. Ramai yang sanggup mati. Ramai yang berdarah baran. Ramai yang merasa mereka hebat. Semakin ramai yang menganggap nyawa tidak mempunyai nilai.

Ramai yang berprinsipkan longkang. Busuk dan meloyakan.

Ramai yang nak jadi jaguh. Berjuang.

Berjuang atas nama apa? Agama? Negara? Maruah? Kaum?

Saper yang menang? Saper yang untung? Saper yang kaya? Saper yang sedap? Dan paling penting tanya diri korang sendiri.

SIAPA YANG RUGI?

Watak2 mana yang menentukan, menyusun, membiarkan dunia jadi tunggang langgang. Kenapa kehidupan di dunia tidak semakin baik? Tidak semakin selamat? Tidak bertambah bahagia?

Kita sedang menuju ke arah kehancuran. Kita makin melingkup. Bumi kita semakin sakit. Jiwa kita semakin tenat. Kemanusiaan kita ...semakin menghilang.

Kita macam tak punya pilihan. Macam tak berdaya. Jiwa dan raga kita seolah2 telah di kuasai . Buatlah apa saja, belitlah macam mana pun. Kita membenarkan diri kita diperkuda.

Kita hanya duduk memerhati saja. Menikus. Kita takut di gigit kalaupun tidak di makan kucing. Kita selalu menutup sebelah mata.

Aku nak bagitau korang, kita kena buat sesuatu sekarang. Kita tak boleh tunggu lagi. Kita mesti bertindakbalas. Kita juga ada hak ke atas bumi ini. Semua orang berhak ke atas tanah tumpah darah mereka.

Kita kena tunjukkan yang kita semua inginkan keamanan. Kita mahukan persaudaraan. Kita mahukan kemanusiaan.

Aku mahu kita semua mempunyai jiwa!!!

Aku mahu kita semua mempunyai roh!!!


...jangan salah faham.

Aku bukan nak ajak korang rebel. Berhimpun menjerit melalak.

Aku bukan mintak korang berdemonstrasi.

Aku cuma mintak korang menjadi lebih baik.Aku mahu korang cari sukma korang. Suara hati korang. Bisikan rindu korang. Citra jiwa diri korang.

Aku mahu korang jangan terlalu asyikkan material. Jangan terlalu asyikkan kemegahan, kemasyhuran, pangkat, pujian dan kekuasaan. Jangan terlalu taksub dengan wang ringgit dan kekayaan.

Jangan terlalu takjub dengan diri sendiri. Jangan terlalu takjub dengan diri orang lain.

Jadilah orang yang budiman. Tolong menolong. Hormat menghormati. Kasih mengasihani.

Jadilah manusia.

InsyaAllah jika korang begitu maka keturunan2 korang pun begitu. Sahabat2 korang pun akan jadi begitu. Kejiranan korang pun akan begitu. Masyarakat korang pun akan jadi begitu. Negara korang pun akan jadi begitu.

Akhirnya kehidupan yang kita semua impikan akan menjelma. Mungkin bukan di hayat ini tapi di hayat2 mendatang untuk manusia2 selepas kita.

Aku tau memang susah. Aku pun masih mencuba dan kadang2 aku akui aku terlupa. Tergelincir. Godaaan terlalu banyak. Tekanan terkadang tinggi.

Tapi aku takkan berhenti mencuba. Aku harap korang pun begitu.

Cuba lagi, cuba lagi, cuba lagi sekali lagi, walaupun korang kecewa. Cuba sampai ke akhir hayat korang.

Aku mengharap pada korang...

Aku meminta pada korang...

Aku merayu pada korang...

DERMA LA KE AKAUN MAYBANK AKU.

NO SAVING AKU : 106099104585.


07 March 2010

El-problemo


Aku tak suka masalah. Aku benci masalah.

Aku rasa semua orang tak suka masalah. Kalau ada pun orang yang berahikan masalah aku tak pernah jumpa.

Orang yang cakap sedikit masalah bagus untuk manusia aku pernah jumpa. Ker orang tu cakap pasal stress ha? Tak ingat la.

Tak sukakan masalah bukan bermaksud aku lari bila masalah timbul. Bukan bermaksud gua chow dulu beb lu setel la sendiri.

Aku rasa overall aku tak camtu.

Kalau pausekan sekejap masalah aku mengaku. Kadang2 aku postpone, bergantung kepada situasi. Kalau masalah tu cekenit jer aku lengah2kan la masa. Malas beb. Kang aku dah kata aku tak suka masalah.

Tapi kalau boleh mengganggu perjalanan hidup aku ni aku akan pantas bertindak. Aku akan berlari2 mencari pondok telepon. Jap lagi aku jadi Superman!

Kadang2 aku biarkan sedikit masalah tu berlarutan, untuk melihat arah tujunya. Ya la, kadang2 aku tak nak tergesa2 membuat keputusan.

Ada masanya pulak aku sengaja timbulkan masalah. Membakar masalah biar marak menyala sebab kadang2 masalah besar yang timbul nih membantu menyelesaikan masalah2 kecil yang lain. Paham?

Apa! Tak paham? Baca sekali lagi kalau tak paham. Lembab betul la.

Aku rasa semua manusia pun gitu. Tak suka masalah. Maksud aku masalah yang melanda diri sendiri la. Masalah orang lain kita peduli apa.

Tapi nak kata gitu pun tak betul jugak. Sebab masalah orang lain ni kadang2 akhirnya jadi masalah kita.

Setuju?

Tak setuju?

Tak apa. Bukan masalah aku. Aku peduli apa.

Masalah ni bagi aku cam cili dalam masakan. Kalau tak ada masalah boring la hidup nih cam masakan yang takde rasa pedas. Takde kick tapi jangan sampai terlebih pedas, nanti ceret beret pulak.

Selalunya masalah yang menimpa menggerakkan kita. Membangkitkan kita dari tidur. Mengejutkan kita dari lamunan. Membawa kita menjelajah daerah2 kehidupan lain. Mendewasakan kita. Memperhebatkan kita.

Mewarnai kita.

Kita tak boleh lari dari masalah. Cuma semakin besar atau makin mengecil bergantung kepada tindakan kita, firasat kita, ilmu kita, pengalaman kita dan semestinya rezeki dari tuhan kepada kita.

Jadi kalau di timpa masalah. Relaks beb. Tarik napas panjang2, lepaskan perlahan2. Jangan gabra. Ambik masa kalau perlu. Mintak nasihat. Berdoa pada tuhan.

Sebab esok2 kita akan di timpa masalah lagi. Tarikh tepat tak mungkin kita tahu. Yang kita tahu semua orang ada masalah.

Semua orang bergembira, berduka.

Berduka, bergembira.

Bergembira...

Berduka...

Gembira...

Duka...

Berulang2 bersilih ganti.

Semua orang akan di badai...

El-Problemo.


Respek


Kelebihan umur.


Orang2 dah berumur nih kadang2 menaikkan darah aku. Mereka nih kadang2 sungguh kurang adab, kurang sopan.

Aku tau la aku lebih muda pada korang. Aku paham.

Aku kena hormat pada orang yang lebih dulu makan garam. Aku tahu. Mak ayah, cikgu, ustaz, kawan2, sedara mara, semua orang la senang citer. Semua orang cakap kena hormat orang tua.

Aku tau sangat2. Aku dah di brainwash dari masa aku duk dalam kantung perut mak aku lagi.

Tapi camner dengan orang muda? Orang tua tak payah hormat ngan orang muda?

Orang lebih tua boleh cakap lebih2 kurang jer?

Boleh cakap lebih sinis? Boleh rasa dia jer ada hak?

Aku tahu. Quran pun ada suruh camtu. Nabi pun ada tunjuk. Hormat orang tua.

Aku rasa orang2 tua la yang mula2 ajar supaya hormatkan diri mereka. Betul tak? Takkan budak2 pulak yang ajar kan?

Tapi mereka2 nih mungkin lupa nak ajar yang hormat orang nih bukan kira usia jer. Bukan kira pengalaman jer. Bukan kira berapa kilo garam dah di mentekedarah. Bukan kira pangkat umur semata2.

Kelebihan material.

Orang selalu salah anggap yang kalau mereka punya banyak duit mereka mesti di hormati. Sebab mereka boleh beli macam2 barang mahal mereka wajib di sembah.

Bodoh bangang. Mana aku ada datang umah korang mintak duit tiap2 bulan. Ada ker korang kredit masuk duit dalam akaun aku bila aku sesak. Tarak. Abuk pun tarak. Abih tu? Apa ker hal pulak aku kena hormat lebih2 kat korang.

Hahaha nak tergelak aku. Nak tumbuk sekali atas muka pun ada jugak.

Kelebihan rupa.

Nih satu lagi golongan yang aku tak paham. Mentang2 la korang hensem. Korang jelita. Korang badan katam ngan besi korang boleh pandang rendah pada orang.

Camner bila korang dah kerepot? Kedut2, lanjut satu badan. Ambil seterika?

Aparraa...cetek cetek.

Kelebihan pangkat.

Takyah citer aaa...Lu tau gua pun tau.

Kelebihan pasangan.

Sebab laki/bini kau penguasa kau pun boleh jalan dabik dada? Cakap ngan orang pun lebih2 kurang jer.

Sebab laki/bini kau bos kat situ tu kau pun nak mintak layanan sama?

Kau rasa boleh tarik muncung? Mahu layanan spesel. Petik jari jer bersusun datang melayan.

Pastu kalau tak puas hati, tak dapat apa yang di ingini repot pada laki/bini.

Pathetic.

Kelebihan sebenar.

Kalau kita ingin di hormati kita mesti la menghormati orang lain terlebih dulu.

Kita mesti mempunyai prinsip hidup dan kita cekal berpegang padanya.

Itu jer. Mudah kan?

Tak kira lah kita mari dari mana. Duit kita banyak mana. Tahun berapa kita lahir. Kita berdarah keturunan apa. Dah banyak mana kita berjasa. Kalau kita tak dapat menghormati orang lain tiada gunanya segala kelebihan yang kita miliki.

Kita hanya menuntut penghormatan yang palsu jika hanya bergerak dalam lingkungan kuasa, wang dan keturunan yang kita miliki.

Kita tak akan mendapat penghormatan yang sebenar2nya.

Nothing. Zip. Nada. Zero.

Itu jer yang kita dapat

Kita akan hanya melalui kehidupan yang palsu.

Dan sesuatu yang palsu.

...tidak akan ada nilai.

Selama2nya.


06 March 2010

Jutamu

Samu.

Puluhmu.

Ratusmu.

Ribumu.

Jutamu!

Jutamu personal :-

"Ok. Point you I noted" Nampak nih I tulis dalam diari I.

Noted dalam diarimu. Pastu nak wat mende? Baca time2 lapang?

Jutamu!

"Dia sudah berada dalam comfort zone. Tak mahu berubah"

Berubah? Jadi mende? Jadi macam mu? Sori beb.Mu bukannya best sangat.

Jutamu!

"I nak la feedback dari you all" Tapi last2 pakai idea mu jugok. Pusing2 pusing2 last2 idea mu jugok kena ikut. Kalau bagus sangat takpe la. Pastu kalau fail ada hati nak salahkan orang lain. Muka tak malu ker?

Jutamu!

"Kena ikut arahan HQ, jangan pikir apa2 lagi. HQ paling tau. HQ paling best" Ingat kitaorang semua bangang ker?

Jutamu!

Jutamu nasional :-

"Kami la pejuang bangsa, agama dan negara!!!" Sambil2 berjuang tu kami buat la duit skit, bukannya banyak. Juta2 jer.

Jutamu!

"Rasuah musuh negara. Kami akan banteras habis2an. Kami dah buat macam2 untuk elakkan penyelewengan" Tengok betapa seriusnya kami.

Ingat aku buta ker?

Jutamu!

Geng A, "Kami betul mereka salah!" Kita lawan habis2an.

Geng B, "Kami betul mereka salah!" Kita lawan habis2an.

Menang jadi arang kalah jadi abu. Betul ker?

Jutamu!

"Kami tak dapat peluang, kami didiskriminasi, kami hidup susah sampai kena makan taik sebab jati bangsa kami" Boo hoo hoo...

Jutamu!

Jutamu!

Jutamu!

JUBO TAIK MUUUUU!!!!!! Hahaha


05 March 2010

World Cup


Aku ada memori indah tentang World Cup. Aku tak tau naper tapi bila aku imbau balik aku rasa best. Ntah naper tah aku rasa cam pohon beringin, berayun2 sepoi2 bahasa di buai angin. Aku rasa cam magical.

Ibarat kata,

"I feel good, nye nye nye nye nyehe"

"I feel nice, nye nye nye nye nyehe"

Cam lagu tema NTV7 tuuu...

Tapi bukan semua World Cup aku ada feel tu.

World Cup masa aku remaja. Masa sekolah menengah. Tahun berapa agaknya ya?

Jap aku kira.

World cup dianjurkan 4 tahun sekali. Skang nih 2010. Umur aku 38.

38? Huhuhu aku dah makin tua.

Jadi...2006 = 34

2002 = 30

1998 = 26

1994 = 22

1990 = 18

1986, 14, yesss!

Aku form 2. Rasa2nya la. Betul kot.

Game jangan tanya, aku tak berapa ingat. Kalau masuk Youtube mungkin aku boleh recall tapi bukan tu feelgood aku.

Aku ingat berjaga sampai pagi. Lepak tengok bola ngan Aboh.

Adik beradik aku yang lain tak minat bola, jadi aku dua orang la ngan Aboh berjaga tengok kebanyakan game.

Aboh la yang banyak berjaga sampai abis game. Aku biasanya memang tengok tak abis. Tengok sampai 1st half jer biasanya. Pastu hanyuttt...

Lagi satu yang paling aku ingat iklan masa tu, iklan berbentuk 3D Benson & Hedges. Hebat hooo!!!

Iklan tu pasal sekor singa, di lukis grafik 3D. berlari2. melompat ke sana sini.

Warna kuning berkilat cam Benson & Hedges.

Memang aku tertunggu2 nak tengok.

Bila iklan tu keluar aku tak berkelip mata. Kagum.

Kalau ikut teknologi masa tu kira memang hebat. Hebat maut!

Kalau ikut teknologi skang. Hahaha... tak layak nak compare.

Tapi nostalgia dia beb. Nostalgik. Menikam kalbu.

Ntah ngapa tah. Skang ni kalau aku imbau aku masih boleh rasa feel time tu. Melekat.

Mungkin sebab masa tu aku tak banyak berfikir kot.

Mungkin sebab aku muda remaja penuh ngan angan2, impian, fantasi.

Mungkin sebab masa tu aku boleh tidur lewat.

Mungkin sebab aku boleh lepak ngan Aboh.

Mungkin sebab tak ramai kawan seusia ngan aku masa tu tengok World Cup, bila gi sekolah aku boleh berlagak.

Mungkin sebab grafik 3D yang premier kat World Cup tu kot.

Apa2 pun aku kalau boleh memang nak gi balik masa tu. Pakai mesin masa. Cam citer Back to The Future I, II, III.

Tapi memang tak boleh. Ianya hanya boleh jadi antara kenangan terindah.

Feel yang aku sorang jer rasa. Milik aku.

Yang hanya aku boleh coretkan untuk tatapan semua.

World Cup. Cup of life.

Here we go again.


07 December 2009

PC Fair


PC Fair bagi aku tak berapa fair.

Naper? Itu soalan korang?

Meh aku terangkan.

Harga.

Harga kebanyakan barang2 yang di jual sama jer ngan sebelum PC Fair.

PC Fair nih seolah2 hanya tempat berkumpul setempat sekali sekala peniaga2 komputer dan peniaga2 perkakasan yang berkaitan dengan teknologi maklumat. Itu jer.

Peluang bisnes time nih memang besar aku tengok. Masa2 cam nih memang ramai orang2 yang tak tau pasal komputer mari membeli belah. Mari! Mari! Mari! Mari masuk kandang!

Time2 camni ramai orang2 yang dah berumur dan berduit melingau2 mencari mende yang mereka tak tau. Biasanya mereka2 ni di iringi oleh pemuda atau pemudi masing2. Orang muda la. Mungkin anak mereka, mungkin gak anak sedara ataupun mungkin gak anak member mereka.

Dan mereka ni kadangkala bertindak sebagai penasihat yang memberi nasihat yang tak berapa menyihatkan. Kadang2 masa aku tengah belek2 barang tu aku telinga aku terpasang. Mendengar penerangan dari salesman yang sedang melayan customernya. Penerangan yang bagi aku tak memberi sebarang erti kepada pakcik dan makcik yang sedang mendengar dan juga pada sebahagian penasihat2 mereka nih.

Makcik dan pakcik tu pulak memang gelisah. Ya la, orang tua. Takut kena tipu. Ribu2 pulak tu yang nak kena keluar. Aku yakin mereka tak suka berada di situ. Mungkin anak2 mereka memerlukan komputer jadi mereka rasa boleh dapat good bargain kat PC Fair. Dan PC Fair bagi aku mengelabui orang2 camni. Menghampakan. Menangguk.

Nak tahu lagi naper aku kata macam tu? Harga mende yang paling mahal dan paling penting kat situ. Harga komputer.

Harga laptop ngan desktop sama jer cam sebelum PC Fair. Apa kebenda tu? Ngapa perlu ada PC Fair kalau harganya sama? Aku rasa sebabnya tak lain tak bukan nak suruh orang ramai2 datang. Itu jer. Makin tinggi pengunjung maka makin tinggilah keberangkaliannya untuk untung.

Barang2 teknologi baru? Hampeh. Barang2 yang boleh kita cuba? 1%.

Pendrive, external HD, mouse, printer, ink, DVD-R, RW, CD, hardware AV semuanya sama harga masa cam sebelumnya. Orang2 yang meniaga pon aku nengok ada muka2 yang sama. Tokey2 atau pekerja2 kedai tu memang aku perasan muka diaorang. Cuma sekarang dia orang nampak hebat. Customer ramai berhimpit2 cam sardin. Hahaha padahal diaorang cuma beralih tapak. Cilakak sungguh.

Barang2 murah memang ada. Barang2 tak berjenama. Barang2 kondem pastu barang2 yang orang tak berapa hingin nak beli. Barang yang mari ntah dari mana.

Broadband? Internet? Potong tak potong? Semuanya sama jer harga. Promosi konon. Promosi tipu. Takde PC Fair pon sama jer pelan yang diaorang ada. Kalau camtu tak yah lagi jual masa PC Fair. PC Fair korok kering mu.Tiap2 bulan memang ada promosi pelan baru. Pelan itu pelan ini. Cuma pelan murah dan laju jer yang belum nampak nak muncul2.

Software, antivirus, games? Sama jer harganya. Lagi sekali aku nak tanya. Apa benda ni? Tu la sebab aku nak bagitau PC Fair ni tak fair. Patut dinamakan PC Fail.

Tapi kalau korang memang dah nak sangat beli PC ataupun laptop tup2 time tu ada pulak PC Fair aku rasa agak okay. Satu jer sebabnya .Sebab free gift. Masa PC Fair ni free gift memang banyak. Kadang2 sampai 10 dia bagi kalau korang purchase komputer ngan diaorang. Itu jer la. Tu pun banyak barang2 yang dia nak bagi tu barang haprak. Barang tah aper2 ntah. Jadi kena bijak pilih jugak la.

Sekarang nih kalau aku dengar ada PC Fair aku dah tak cam dulu dah. Teruja. Ada jugak aku terasa teringin nak pergi tapi tak sekuat dulu la. Mungkin juga sebab aku selalu singgah kedai komputer kot.

Nak cari satu barang yang berpadanan diskaunnya kat PC fair nih memang susah. Orang pulak meremut2.

Aku rasa la patutnya bila tibanya time PC Fair harga komputer ngan hardware2nya sepatutnya ada diskaun sekurang2nya 10%. Baru berbaloi beb. Customer ramai kan. Jual la murah sikit, pasti makin gempak karnival PC nih. Sempit betul la otak diaorang nih. Otak pembelit memang camtu aku rasa. Sempit sampai sembelit.

PC Fair membawa bersamanya tanggapan berkaitan barang2 berteknologi yang di tawarkan dengan harga yang murah. Itu aura yang semua orang rasa. Jadi aku harap pehak2 yang berkaitan tu tolong2 la pantau. Syok tidur ker? Takpun kita pakat2 jangan pergi. Baru diaorang tau!

Tu jer la pendapat aku tentang PC Fair nih. Aku cuma nak berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan pengamatan aku nih.

Korang nak pergi ke tak nak lantak korang la.

Sayonara watanabe.


06 December 2009

Untungrugi


Bila turun hujan yang terlalu lebat pasti ada kawasan yang banjir. Banjir yang memusnahkan harta dan kadangkala menghilangkan nyawa.

Dalam ada yang duk bersedih, pasti ada yang suka dengan kedatangan hujan. Saper tu?

Cuba baca listing aku nih :-

1) Katak2 sebab diaorang yang panggil hujan

2) Pokok2 dan tanam2an sebab dia dapat minum banyak

3) Orang2 yang jual payung ngan baju hujan sebab diaorang boleh naikkan harga

4) Orang2 yang pandai tangkap ikan sebab banyak kolam ikan tenggelam

5) Orang2 yang ada banyak koleksi baju sejuk sebab dia boleh menayang2

6) Orang2 yang tak suka mandi pagi sebab bagi dia alasan kali ni kukuh

7) Polis2 trafik sebab takder mat2 yang merempit

8) Tauke2 restoren yang berdekatan sebab orang tak nak gi jauh2

9) Budak2 sebab diaorang budak2

10) Orang2 baru kawin sebab diaorang baru kawin

11) Orang2 malas sebab makin sedap diaorang tidur

12) Tauke2 bot sebab ramai cari diaorang

13) Pembekal2 makanan dan alatan2 untuk mangsa banjir. Sebab untung la... sebab apa lagi

14) Ahli2 yang memerintah sebab muka diaorang boleh keluar TV masa melawat mangsa2 banjir

15) Pemandu2 yang ada kesalahan trafik sebab roadblock kurang

16) Penguatkuasa2 jalanraya sebab roadblock kurang

17) Pemilik2 kereta sebab boleh parking percuma

18) Bomba2 sebab kebakaran kurang

19) Suami2 sebab diaorang tak payah cuci longkang

20) Aku, sebab ada orang yang sedang baca tulisan aku nih

Tengok.

Dunia ni berputar2 berpasang2an. Kalau ada yang rugi pasti ada yang untung.

Kalau ada yang untung pasti ada yang menanggung rugi.

Listing ni boleh di panjangkan lagi tapi aku dah malas nak pikir.

Cuma aku nak bagitau korang yang masih ada perasaan perikemanusiaan tu jangan lah terlalu melebihkan untung.

Sebab kalau terlalu nak untung lebih pasti ada orang yang rugi lebih.

Dan mungkin satu hari nanti giliran kita pulak yang rugi lebih.

Saper tahu kan?

Wassalam.